Itu yang dikatakan oleh salah seorang bekas teman wanitanya iaitu Maria Farida. Dia tidak terkejut dengan perkhabaran yang mengatakan Shah Jaszle telah ditangkap basah dengan wanita yang bernama Farah dan segala cerita-cerita yang tersebar selepas itu yang mengakibatkan pertunangan Shah Jaszle dengan Redzwani telah diputuskan."Saya sebenarnya kasihan terhadap tunangnya yang mendapat 'buaya' macam itu, selepas seorang, seorang dia perdayakan. Sebenarnya saya malas dan tak nak ambil tahu lagi pasal hidup dia." kata Maria Farida.
Shah atau nama sebenarnya Mohamad Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah bercinta sebelum ini dan putus di sekitar tahun 2011. Selepas itu Shah Jaszle dikatakan pernah bercinta pula dengan pelakon muda Miera Liyana.
Pada 16 Mei lalu, aktor yang berusia 25 tahun itu telah ditangkap basah oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Apartment Sri Subang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan