Isnin, 24 Jun 2013

Jikalau aku kaya

Dalam masyarakat kita, karektor Mat Jenin adalah salah satu simbol orang yang suka berangan untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Diceritakan kisah Mat Jenin ini adalah ketika dia memanjat pokok kelapa, dia berangan untuk menjadi kaya dan akhirnya dia jatuh dari pokok kelapa itu.

dari sudut pandang, duit banyak, kayaSalah ke jadi seperti Mat Jenin?? Sebenarnya tak salah kalau kita berangan-angan untuk menjadi kaya tapi selain berangan-angan kita juga seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk menjadikan angan-angan tersebut satu kenyataan.

Dalam pemerhatian aku, sebenarnya untuk jadi kaya ni amatlah susah, lainlah kalau korang dah lahir dari keluarga yang kaya. Untuk menjadi kaya, kita perlu berusaha dan bekerja dengan kuat bagi mengumpul kekayaan.

Selain itu, untuk menjadi kaya juga kita seharusnya pandai berjimat dan pandai melabur wang yang kita ada. Sebab itu kalau kita tengok ramai orang kaya di Malaysia ni yang kedekut kecualilah Tan Sri Mokhtar (aku tak tahulah kalau ada orang kaya lain selain daripada Tan Sri ni yang pemurah..aku harap ada)

Sebut pasal melabur pula, aku teringat dengan seorang kawan yang melabur dengan membeli Dinar Iraq. Berjuta-juta duit Dinar Iraq yang dia beli dengan harapan bila diapungkan di pasaran dia akan jadi orang kaya baru. Kalau tak silap aku dah nak masuk 3 tahun dah dia simpan duit Dinar Iraq tu tapi sampai sekarang belum diapungkan lagi...Entahlah kena tunggu berapa lama lagi agaknya??

Cerita pasal nak menjadi kaya ni, aku percaya berbagai cara dan kaedah digunakan, ada yang cara halal dan cara haram. Orang yang nak menjadi kaya menggunakan cara yang tidak diredhai oleh Allah biasanya hidup dia tak tenang sebab rezeki yang dia dapat tiadanya keberkatan. Ada yang sanggup membeli nombor 4D, merompak bank dan sebagainya sebab nak jadi kaya cepat.

Agak-agaknya apa yang korang akan buat kalau korang jadi kaya?? Kalau ikut lagu yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ni diorang nak bayar bil semua orang dan baiki jalan berlubang, tapi percayalah jika korang kaya dengan hasil titik peluh korang dan hasil daripada jimat cermat korang, korang pasti akan lebih menghargai duit korang daripada dibelanjakan dengan tidak tentu hala (dengan kata lain korang jadi kedekut), tapi jika korang dapat duit secara mengejut misalnya tiba-tiba korang dapat kontrak dari kerajaan atau tiba-tiba korang dapat jual tanah harga beratus juta dan komisyennya 2 peratus pasti korang akan jadi lebih pemurah.

Walau apapun perancangan kita, perancangan Allahlah yang terbaik. Jika ditakdirkan sudah menjadi rezeki kita untuk menjadi kaya, pasti tiada siapapun yang mampu menghalangnya.

Jom layan lagu ini:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...