Dalam sejarah melayu, Hang Jebat amat terkenal bukan saja kerana dia salah seorang kawan kepada Hang Tuah tetapi juga kerana sikapnya yang sanggup menderhaka kepada Sultan kerana membela sahabatnya Tuah. Disebabkan itu Sultan telah menitahkan supaya Hang Jebat ini dibunuh dan yang membunuhnya adalah sahabat yang dibelanya iaitu Hang Tuah.
Itu adalah sejarah yang lalu dan sepatutnya kita jangan lupakan akibat dan kisahnya. Pada era yang moden ini juga masih terdapat darah Jebat dalam rakyat Malaysia tidak kira dia berasal dari kaum mana. Dulu sudah ada seorang lelaki cina yang sanggup menunjukkan 'jari tengah' kepada rombongan Permaisuri Agong dan dijatuhkan hukuman.
Kini ada lagi perempuan cina yang bernama Melissa Gooi yang berani mempersendakan titah Tuanku (Dipertuan Agong) di dalam facebook miliknya. Walaupun kes ini masih disiasat oleh pihak polis namun kes demi kes yang berlaku akhir-akhir ini boleh dijadikan ikhtibar buat kita betapa Raja-Raja Melayu kini semakin dipersendakan.
Kita juga jangan lupa tentang peristiwa yang berlaku di Terengganu apabila Sultan tidak memperkenankan perlantikan Menteri Besar. Peristiwa ini membawa kepada bantahan yang diadakan di luar Istana Terengganu oleh orang-orang Menteri Besar dengan membawa bermacam sepanduk menghentam Sultan.
Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu akta khas berkenaan perkara ini iaitu Akta Derhaka sepertimana yang dicadangkan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah ataupun jika undang-undang bagi kesalahan seperti ini sudah ada, ianya perlu ada penambahbaikan supaya hukuman yang boleh dijatuhkan mengikut kesalahan memberontak.
Harap selepas ini tiada lagi orang seperti Melissa Gooi serta kuncu-kuncunya di kalangan rakyat Malaysia. Jadikan kes seperti ini suatu pengikhtibaran buat kita semua rakyat Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan