Ahad, 2 Jun 2013

6 sebab mengapa isteri curang

Aku banyak tulis pasal lelaki atau suami yang curang pada isterinya. Kali ini aku nak share pula tentang sebab-sebab isteri curang pada suaminya. Sebenarnya ada banyak sebab mengapa isteri curang tapi aku nak kongsikan 6 sebab yang paling popular:

dari, sudut, pandang, isteri curang
1. Kurang perhatian

Isteri ni pun macam suami juga perlukan perhatian, perlukan kasih dan sayang. Kadang-kadang isteri juga meminta untuk dibelai. Jadi si suami ni janganlah ambil ringan perkara ni dengan kata lain suami yang terlalu sibuk mungkin akan menyebabkan isteri akan berlaku curang dibelakang. Sifat wanita yang pemalu biasanya dia tidak akan menyatakan kepada suaminya jika dia perlukan seks dan ini akan menambahkan lagi masalah kepada perhubungan jika suami tidak pernah faham akan 'tanda' yang isteri berikan.

2. Perhatian dari lelaki lain

Lumrah wanita sukakan perhatian dan pujian lebih-lebih lagi jika yang memujinya adalah lelaki. Bagi wanita yang bersuami, perhatian yang lebih daripada lelaki yang lain daripada suaminya sendiri boleh menyebabkan mereka berlaku curang. Pada kebiasaannya, kecurangan ini berlaku apabila suami sendiri kurang memberi perhatian kepada mereka dan pada masa yang sama ada lelaki lain yang lebih mengambil berat tentang diri mereka. Biasanya rakan-rakan sekerja yang rapat atau dilaman sosial menjadi tempat isteri meluahkan perasaan.

3. Berubah sikap dan penampilan

Perubahan sikap dan penampilan suami juga menjadi satu sebab mengapa isteri curang. Dulu jika suaminya seorang yang hensem dan kurus tetapi sekarang dah gemuk dan perut kedepan pasti ada sesetengah isteri perlukan pasangan yang lebih hensen daripada suami mereka. Wanita atau isteri sama juga seperti lelaki yang sukakan kecantikan atau kehenseman. Begitu juga dengan perubahan sikap suami. Dulu suaminya seorang yang penyabar, kelakar dan romantik tapi dek kerana perubahan usia dan tekanan kerja mungkin pasangannya berubah dan ini pastinya akan menganggu naluri isteri itu sendiri.

4. Terlalu banyak perbezaan

Biasanya masalah ini terjadi apabila pasangan berkahwin mempunyai perbezaan umur yang ketara.  Selain itu pasangan yang mempunyai latarbelakang sosial berbeza juga menjadi penyebab perkara ini berlaku. Dek kerana perbezaan umur dan latarbelakang sosial berbeza ini akan menyebabkan pasangan tersebut mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza dalam setiap hal. Akhirnya isteri yang tidak tahan sikap pasangannya akan mencari pasangan luar yang lebih memahami dirinya.

5. Balas rasa sakit hati

Biasanya alasan ini diberikan apabila isteri pernah dicurangi oleh suaminya. Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati dan memendam rasa akibat hubungan sulit yang dilakukan oleh suaminya, ada juga yang beranggapan jika suaminya boleh berlaku curang mengapa dia tidak boleh.

6. Tarikan material

Semua isteri  atau wanita mahukan lelaki atau suami yang mampu memberikan kebahagian kepada mereka baik dalam bentuk perasaan mahupun material. Suami yang tidak mampu memberikan kebahagiaan dari aspek tersebut juga menjadi salah satu sebab mengapa isteri curang.




2 ulasan:

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...