Aku teringat semasa zaman dulu sewaktu bercinta, suratlah yang menjadi penghubung maklumlah pada waktu itu tiada kecanggihan teknologi seperti sekarang ini yang boleh Skype, sms, wat upp dan sebagainya.
Pada waktu itu surat memainkan peranan yang amat penting untuk berhubung selain daripada telefon dan ketika itu 'public phone' yang paling fames...
Tahukah anda surat yang paling pendek di dunia yang pernah ditulis dan diutuskan ialah pada tahun 1862. Surat tersebut telah ditulis oleh penulis novel terkenal Victor Hugo ketika beliau pergi bercuti selepas berhempas pulas menyiapkan karyanya, 'Les Miserables'.
Oleh kerana tidak sabar hendak menhetahui sambutan yang diberikan kaki buku terutama peminatnya terhadap novel terbarunya itu, Hugo menulis surat kepada penerbitnya. Dia hanya menulis satu tanda di dalam surat berkenaan iaitu '?'.
Penerbitnya juga mempunyai otak yang kreatif seperti Hugo dan dia juga merasakan perlunya mencipta surat balasan, dia hanya menulis satu tanda iaitu '!'.
Jawapan yang amat pendek dengan tanda seruan itu membuatkan Hugo berasa sangat gembira kerana mengetahui sambutan terhadap novel terbarunya itu sangat menggalakkan.
Apa yang lebih menarik, Hugo juga dikatakan menulis ayat yang paling panjang pernah diterbitkan dalam sesebuah novel iaitu 'Les Miserable'. Ayat itu mengandungi 823 perkataan, 93 koma, 51 koma bertitik dan 4 sengkang yang mengambil ruang sebanyak 3 muka surat ketika zaman berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan