Sabtu, 18 Mei 2013

Rumah diceroboh sebelum diliwat

Pada kebiasaannya, apabila seseorang itu menceroboh sesebuah rumah adalah untuk merompak tetapi berbeza dengan kejadian yang berlaku di Setapak, apabila seorang lelaki yang menceroboh hanya untuk meliwat mangsa. Macam-macam yang berlaku sekarang ni, kalau tak dibunuh, akan dirogol, yang ni diliwat pulak!!

Tragedi hitam ini berlaku keatas seorang pelajar lelaki disebuah kolej swasta apabila kondominium yang disewanya seramai 9 orang telah dicerobohi oleh seorang lelaki. Sila baca lanjut untuk mengetahui kisahnya:

dari, sudut, pandang, diliwat, ceroboh, rumahDalam kejadian yang berlaku dalam pukul 3 pagi, mangsa yang berusia 24 tahun yang sedang tidur bersendirian dalam biliknya terjaga selepas merasakan seseorang menekan tubuhnya, sebelum terkejut melihat seorang lelaki secara tiba-tiba menutup mulutnya serta mengacu pisau dan mengarahkan mangsa tidak membuat bising.

Mangsa kemudian diarahkan meniarap atas katil sebelum tangannya diikat manakala matanya ditutup dengan tuala sebelum diliwat.

Selepas diliwat suspek kemudian melakukan seks oral terhadap mangsa dan turut memaksa mangsa melakukan perkara sama dan kejadian tersebut mengambil masa sehingga 1 jam. Lelaki itu turut mengugut akan membunuh mangsa dan seluruh keluarganya jika membuat laporan polis.

Lelaki terbabit turut mengambil gambar kad pengenalan mangsa serta membacakan alamat mangsa sebagai ugutan dan kemudian mengambil kunci rumah mangsa untuk membuka pintu utama sebelum menghilangkan diri dan meninggalkan kunci di pintu rumah.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri dari ikatan kemudiannya membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa yang mengalami masalah rabun dan keadaan bilik yang gelap dengan lampu ditutup tidak dapat mengecam lelaki yang melakukannya. Namun mangsa dapat menganggarkan lelaki tersebut berusia lewat 20-an dan menggunakan kondom ketika melakukan seks luar tabii terhadap mangsa.

Darisudutpandang: Nampaknya lelaki pun tidak selamat juga. Sekarang ni tak kira lelaki, perempuan  juga kanak-kanak perlu sentiasa berhati-hati, agar orang yang berniat jahat susah untuk melaksanakan niatnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...