Isnin, 13 Mei 2013

Dapat anak dengan peluk, raba dan cium

Artikel kali ini bukan nak cerita 18sx, cuma tajuk sahaja macam tu. Tolong jangan salah sangka ya.

Kali ini aku nak kongsikan cerita berkenaan dengan seorang pengamal perubatan yang menjalankan perubatan kepada wanita-wanta yang nak mendapatkan zuriat atau anak dengan kaedah peluk, raba dan cium.

Korang yang terpelajar agak-agak betul ke kaedah tu? Pastilah bukankan. Aku tak mahu terangkan kaedah macam mana tapi korang yang dah berkahwin pasti tahu kaedahnya....hahaha maaf melalut sikit.

Aku kadang-kadang hairan betullah dengan perempuan yang mudah diambil kesempatan ini dan terlalu mempercayai bomoh yang bukan-bukan. Kalau tak silap akulah,  aku ada mendengar yang kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan pengamal perubatan tradisional untuk mengambil lesen amalan perubatan, cuma aku tak tahu dah 'implement' atau tidak undang-undang tersebut.

Ceritanya macam ini:

Seorang wanita yang berusia 31 tahun telah berkahwin selama setahun lebih dengan suaminya yang berusia 33 tahun, amat kepingin untuk mendapatkan anak, telah mendapatkan seorang bomoh bagi mengubati dirinya.

Bomoh tersebut yang berusia 62 tahun telah datang kerumah mangsa setelah dijemput oleh mangsa sendiri untuk mengubatinya. Bomoh tersebut telah mengarahkan mangsa supaya ke bilik air untuk dimandikan sebagai sebahagian proses rawatan untuk mendapatkan zuriat.

Ketika berada dalam bilik air, bomoh tersebut mengambil baldi berisi air dan memandikan mangsa yang hanya mengikut saja kerana percaya itu sebahagian proses rawatan.

Bagaimanapun, sikap naif mangsa diambil kesempatan oleh bomoh tersebut apabila memeluk mangsa daripada belakang sebelum meraba serta mencium leher serta payudara mangsa.

Mangsa yang terkejut diperlakukan demikian hanya mampu mendiamkan diri dan tidak berani melawan kerana masih menganggap tindakan bomoh tersebut sebagai prosedut perubatan.

Setelah 'merawat' mangsa dalam setengah jam, bomoh tersebut mengatakan yang wanita tersebut akan mendapat zuriat dalam tempoh sebulan.

Bagaimanapun, selepas bomoh tersebut pulang barulah mangsa mula berasa curiga dengan kaedah perubatan bomoh temberang itu, lalu menceritakan perbuatan jijik bomoh tersebut kepada suaminya.

Suaminya mangsa kemudiannya telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Darisudutpandang: Bomoh seperti ini bersepah.....berhati-hatilah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...