Aku nak kongsikan sedikit maklumat yang aku baca dalam kitab hadis tentang penyakit kemandulan.
"Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi,
Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki,
Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki
dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki
atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan
(kepada siapa yang dikehendakiNya)
dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yangg Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa"
-Surah Asy-Syura:49-50
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:
Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata:
"Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya."
Lelaki itupun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.
Jabir berkata: "Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki."
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan