Selasa, 27 November 2012

AFF Suzuki Cup 2012: Harimau Malaya Perlawanan pertama



Apa dah jadi Harimau Malaya?? lawan dengan Singapura pun boleh kalah dengan 0-3. Frust betul aku tengok perlawanan tu di Stadium Bukit Jalil semalam. Aku ingatkan Harimau Malaya boleh lah makan Singa tapi rupanya Singa yang makan Harimau..........

Apa dah jadi sebenarnya??

Adakah kerana banyak bereksperimen sehinggakan para pemain seperti tidak serasi antara satu sama lain.??

Adakah pemilihan pemain yang menjadi sebab kekalahan kerana masih ramai pemain yang mempunyai skil yang hebat seperti Farhan, Ashaari, Piya, Shukur dan sebagainya tetapi tidak terpilih??

Adakah kerana para pemain sudah tidak bersemangat lagi untuk memakai jersi Harimau Malaya??

Adakah taktik dan teknik permainan yang diserapkan oleh Rajagobal sudah diketahui oleh pihak lawan??

Sebenarnya agak banyak persoalan yang bermain diminda diatas kekalahan Harimau Malaya semalam.

Dan itulah juga yang menjadi persoalan kepada para Ultras Malaya yang berhimpun secara aman selepas perlawanan bagi menuntut perjelasan oleh Rajagobal.



Bagi aku, kepincangan Harimau Malaya telah kelihatan dari perlawanan persahabatan dengan Vietnam lagi sehinggalah ke perlawanan persahabatan terakhir menentang Bangladesh yang mana keputusan seri 1.

Pada perlawanan tersebut aku lihat tiadanya sokongan dari bahagian tengah pasukan Malaysia ketika menyerang dan juga bertahan dan perkara sama yang ditunjukkan oleh pemain bila menentang Singapura semalam mengakibatkan kita kalah dengan 0-3.

Bila ramai para pengkritik yang bersuara tentang cara permainan skuad Harimau Malaya dan Rajagobal memberikan beberapa alasan....antara alasan yang paling 'terbaik' ialah:

"Saya masih bereksperimen dengan para pemain"

"Saya tidak panik kerana saya mengenali pemain saya"

tapi sekarang apa dah jadi Rajagobal??

Tan sri Annuar Musa sampai dikenakan hukuman kerana mengkritik pasukan Malaysia kerana menurut pendapat beliau yang pasukan Harimau Malaya telah mengalami sindrom kejatuhan.

Sebby Singh juga pernah menegur Rajagobal berkenaan dengan perkara yang sama tetapi tiada tindakan yang Rajagobal lakukan.

Sekarang, aku tak tahu adakah pasukan Malaysia akan berjaya melepasi peringkat kumpulan kali ini cuma apa yang aku harapkan agar semangat pada tahun 2010 yang lalu iaitu apabila pasukan Harimau Malaya kita telah dibelasah oleh Indonesia pada perlawanan pertama dengan 1-5 tidak akan pudar.

Ayuh berjuanglah Harimau Malaya demi Tanah Tumpah Darahmu pastikan bangkit dengan kemenangan apabila menentang Laos nanti pada 28hb November ini. Aku akan sentiasa bersamamu selagi aku bernyawa...Selamanya Harimau Malaya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...