Seorang lelaki bernama Khalil Afandi Abdul Hamid, 47 dan pasangannnya bernama Muhdalina Ahmad 28, mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, seorang daripada suspek turut meetakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta yang diletakan diperkarangan bangunan.
Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das tembakan terkena tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki yang menyebabkan kematian, manakala satu das tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu yang kini dirawat di hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.
Dikatakan lelaki dan wanita tersebut telah berumah tangga dengan pasangan masing-masing yang mana lelaki tersebut telah mempunyai seorang anak manakal wanita tersebut yang juga bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai dua orang anak.
Khalil Afandi yang berasal dari Petaling Jaya manakala Muhdalina dari Kota Damansara. Mereka dikatakan baru berkenalan selama seminggu di internet.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan