Selasa, 17 Julai 2012

Bercerai kerana berlainan parti politik dan sebuah cerita



Cerita pasangan suami isteri yang bercerai kerana perbezaan parti politik sudah banyak kali kita dengar, yang terbaru berlaku kepada pasangan warga emas di Kelantan.

Diberitakan si suami adalah ahli kepada penyokong Pas, manakala isterinya pula penyokong parti Umno. Setelah 14 tahun hidup bersama dan memahami ideologi masing-masing akhirnya ikatan mereka terlerai.
Punca penceraian mereka berpunca kerana si isteri menghadiri satu perhimpunan yang dihadiri oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor iaitu Datuk Hassan Ali.

Aku tak tahu kenapa semudah itu talak dijatuhkan, padahal isterinya bukannya pergi ke tempat yang boleh menimbulkan fitnah. Ini sekadar menghadiri ceramah yang berkaitan dengan akidah umat islam.

Kalau isterinya pergi disko ke, karaoke ke, keluar dengan lelaki ke, pakai pakaian yang mencolok mata ke, aku setuju lah jugak kalau pasangan tersebut bercerai. yea lah dah tua-tua pergi ke tempat macam tu buat apa...

Aku teringat pada satu kisah pasangan suami isteri yang telah lama hidup bersama.

Ceritanya macam ini............

Dalam satu kampung tinggallah satu pasangan suami isteri. Isterinya amat kuat membebel. Pantang salah sikit mulalah...pengpengpeng. Tak kira masa dan tempat asyik...pengpengpeng aje. Semasa makanpun.....pengpengpeng, waktu nak tidur.....pengpengpeng, bangun tidur....pengpengpeng dan sebagainya.

Pada satu hari, oleh kerana sudah tidak tahan lagi mendengar leteran isterinya. Suami tersebut mengambil keputusan untuk mengikut kata syaitan supaya membuang isterinya di dalam hutan.

Pada keesokkan pagi, suami tersebut pun mengajak isterinya masuk ke dalam hutan konon-kononnya untuk menolong  dia mengangkat kayu api.

Setibanya disuatu telaga buta yang kering airnya, diapun menolaklah isterinya ke dalam telaga tersebut. Setelah dia menolak isterinya, diapun pulanglah ke rumah.

Pada hari pertama selepas dia meninggalkan isterinya di dalam hutan, dia rasa amat lega kerana sudah tidak mendengar leteran dari isterinya lagi.. tapi itu hanya sementara sahaja kerana apabila malam dia hendak tidur dia terasa sesuatu yang kurang sempurna dalam hidupnya membuatkan dia tidak dapat tidur.

Dia amat hairan dan tidak tahu puncanya. Nak tidur, tak boleh tidur, nak makan, tak ada selera dan sebagainya. Ini berlaku sehingga ke hari ke tiga.

Lalu dia pun teringatlah isterinya yang dia tinggalkan di hutan...rupa-rupanya selama ini leteran isterinyalah yang membuatkan tidurnya lena, makannya berselera dan sebagainya.

Diapun pergilah ke hutan dan menjemput kembali isterinya yang dia tinggalkan di dalam perigi buta tersebut.

(Tolong abaikan kelogikan cerita ini yea)

P/S :  Kita seharusnya menerima apapun kekurangan pasangan kita. Memahami minat dan ideologi pasangan kita kerana apabila kita mengambil keputusan berkahwin dengan dia, bukan hanya dia yang kita kahwini tapi kita berkahwin dengan sifatnya, perwatakannya dan sebagainya.

Anda setuju atau tidak sila beri komen yea.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...