"Superman, Batman hanya ilusi tapi saya 'the PocketRocketMan ' adalah realiti dan saya akan mengegarkan arena lumba basikal di Olimpik dengan emas", itu luahan semangat dari Azizul Hasni Awang ketika ditanya adakah kecederaan apabila ditusuk serpihan kayu dua hari lepas menjejaskan semangatnya.
Namun pelumba ini mengharapkan doa dari rakyat Malaysia terus mengiringinya agar dia mampu melakarkan sejarah negara yang tidak pernah mendapat emas di Kejohanan Olimpik.
Dua hari lepas, kontinjen Olimpik negara dikejutkan dengan berita kecederaan pelumba kelahiran Terengganu itu apabila terbabit kemalangan ketika menyertai pertandingan di Jerman, sehingga mengakibatkan 60 serpihan kayu tertusuk di badannya.
Ini adalah kejadian yang kedua berlaku kepada Azizul selepas sebelum ini berlaku kemalangan ngeri ketika berlumba yang menyebabkan kayu sepanjang 7 inci tertusuk di betisnya sehingga menyebabkannya berehat panjang dari menyertai sebarang acara.
Walaubagaimanapun Azizul menganggap kejadian lalu tertusuk kayu mempunyai hikmatnya yang tersendiri kerana para pelumba lain tidak lagi menganggapnya sebagai pencabar seperti sebelum ini.
"Menjadi underdog dan terus kekal konsisten, Insya Allah akan memberi kelebihan buat saya".
P/S: darisudutpandang mengucapkan selamat berjuang buat Azizul dan juga buat semua para wira negara yang bertanding di Olimpik. Pastikan impian 28juta rakyat Malaysia untuk melihat emas Olimpik pertama Malaysia termakbul.
Buat Azizul Hasni Awang, sebagai anak jati Terengganu pastikan anda menjadi anak Terengganu pertama yang mencapai gemilang di Olimpik. Terengganu Nelang dulu, kini, dan selamanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan