Rabu, 4 Julai 2012

Air mata Erra Fazira

Secekal dan setabah manapun seorang wanita itu, pasti air mata yang ditahan selama ini akan tumpah jua apabila rumah tangga yang dibina atas dasar cinta berdepan dengan ujian dari Allah.

Itulah yang berlaku pada aktress yang jelita ini, Erra Fazira yang akhirnya tidak mampu menhan air matanya daripada terus menitis apabila isu berkaitan rumah tangganya yang didakwa bergolak dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin hangat diperkatakan orang dan menjadi paparan utama akhbar dan laman blog.

Isu semakin panas apabila Erra turut meluahkan status mengenai rumah tangganya di laman twitternya, baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi iaitu 'suatu hari saya akan bersuara'

Erra yang menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Mana Hilangnya Juwita' kelihatan kurus.Tidak dapat dinafikan, aktress popular itu nampak tertekan kerana sering diasak persoalan yang sama daripada pihak media.

"Sebenarnya, saya sudah penat apabila kerap ditanya soalan yang sama sedangkan saya belum ada jawapan untuk itu. Sebelum ini saya fikir saya 'Superwoman' tapi sebagai insan biasa ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan gosip serta tohmahan orang mengenai rumah tangga kami."

"Saya belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan dengan rumah tangga kami dan akan terus bertahan selagi terdaya. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga kami kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan akan disalahertikan segelintir pihak sekaligus mengeruhkan keadaan sedia ada" Kata Erra lagi.

"Apa yang boleh dikatakannya, tiada rumah tangga yang sempurna begitu juga rumah tangganya kerana ia perkara biasa dihadapi mana-mana pasangan berkahwin".

"Apapun, sama ada jalan seorang ke 'kanan' dan seorang lagi ke 'kiri' yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami" katanya.

Menurut Erra, apa yang dilakukan sekarang adalah untuk masa depan dan kebahagian anak kesayangannya iaitu Engku Aleesya kerana beliau tidak mahu anak tunggalnya ini terjejas dengan konflik rumah tangga beliau.


P/S : Darisudutpandang mendoakan yang terbaik buat Erra dan Engku Emran.

 Sumber: harian metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...