Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai pengguna di Malaysia kita sebenarnya mempunyai hak kita yang sah
dibawah Akta Pelindungan Pengguna.
Apakah maksud pengguna? Pengguna bermaksud orang yang menggunakan perkhidmatan, barang dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan.
Tahukah kita apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna?
Hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna adalah seperti berikut:
Apakah maksud pengguna? Pengguna bermaksud orang yang menggunakan perkhidmatan, barang dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan.
Tahukah kita apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna?
Hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna adalah seperti berikut:
i) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Kita sebagai pengguna
berhak untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan
yang memuaskan. Keperluan asas termasuk makanan yang mencukupi, tempat tinggal
yang selamat, pakaian, kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan dan
sebagainya.
ii) Hak untuk mendapatkan keselamatan
Kita sebagai pengguna
dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang
boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita.
iii) Hak untuk mendapatkan maklumat
Kita sebagai pengguna mesti
diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkan bagi membuat
keputusan yang bijak. Kita juga perlu dilindungi daripada dakyah dan pembohongan
pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
iv) Hak untuk membuat pilihan
Kita sebagai pengguna perlu
memastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan
perkhidmatan. Kita perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam
membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutudan perkhidmatan
memuaskan dengan harga yang berpatutan.
v) Hak untuk bersuara
Kita sebagai pengguna perlu
memastikan mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan
dan tindakan yang cepat serta saksama daripada sudut pengadilan.
vi) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Kita sebagai pengguna
berhak mendapat penyelesaianuntuk pembeliankeluaran yang cacat atau berbahaya
ataupun perihal dagangannya yang mengelirukan serta pampasan bagi perkhidmatan
yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi
keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya
yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.
Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat
kecuaian majikan.
vii) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Kita sebagai pengguna
berhak untuk mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini
kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya
kepada pendidkan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih
cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan
kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
viii) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang
sihat dan selamat
Sebagai seorang pengguna,
kita berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta
bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan
oleh kita kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula
jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Tanggungjawab kita sebagai
pengguna
i) Kesedaran untuk mengkritik
Kita mestilah mempunyai
kesedaran untuk mengkritik jika terdapat sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan
terhadap hak-hak pengguna.
ii) Tanggungjawab sosial
Kita mesti bertindak dengan
penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang
diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
iii) Penglibatan dan tindakan
Kita mesti terlibat dan
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak kita sebagai
pengguna diayani dengan adil.
iv) Tanggungjawab terhadap alam sekitar
Kita seharusnya
bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi
kita yang akan datang
v) Bersatu padu
Kita mesti bersatu dan
bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan kita tidak dapat digugat dengan
begitu mudah.
*sumber daripada
keselamatan pengguna
Sebenarnya hak-hak kita sebagai
pengguna telah terlindung dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Jika terdapat sebarang aduan mengenai hak anda sebagai pengguna sila hubungi:-
Jika terdapat sebarang aduan mengenai hak anda sebagai pengguna sila hubungi:-
SELANGOR
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam
Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Tingkat 17, Menara MRCB,
Jln Majlis Seksyen 14,
40622 Shah Alam,
SELANGOR.
TEL: 03-5511 8271 / 5511 4929
FAKS: 03-5511 6981
KS : SHARIFAH AINI BINTI
ABDULLAH
bagi pengguna di negeri Selangor. Jika pengguna dari negeri lain sila layari laman web kpdnkk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan