Rabu, 25 April 2012

Pilihanraya PRU13 Yang Akan Menjelang Part 2

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya dapat juga aku tulis penyambungan dari part 1 hari tu tentang pilihanraya  yang akan berlaku bila-bila masa aje di Malaysia ini. Aku tertarik dengan berbagai spekulasi tentang tarikh pilihanraya yang akan diumumkan oleh DS Najib, ada yang kata pada bulan Jun 2012, ada yang kata bulan September 2012 walaupun tempoh kerajaan sekarang ini akan berakhir sehingga tahun depan. Bagi aku pula mengikut arah situasi yang berlaku sekarang ini dengan berbagai imbuhan kepada rakyat dan serangan kepada pembangkang jadi aku rasa pilihanraya akan dilaksanakan pada bulan Jun ini.

Mengikut dari sudut pandang aku la, aku tak berapa setuju dengan serangan berbentuk peribadi sebab aku tengok sekarang ini saksi perempuan yang terlibat dengan kes Anwar yang dulu pun bukan main kuat berkempen bagi pihak Barisan Nasional juga digunakan orang-orang yang dulunya begitu setia dengan Anwar sekarang ini dah jadi penentang.....apa semua ini? Semuanya berbicara dengan nada yang satu iaitu seks. Ingatlah sikit dengan banyak hadis dari Rasulullah S.A.W berkenaan dengan aib ini :-

 “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

 “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

 “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

Sebenarnya begitu banyak hadis Rasulullah S.A.W berkenaan dengan mendedahkan aib ini...sedarlah wahai saudara ku yang sesama agama...

Aku rasa la... kita sekarang ini sudah 55 tahun merdeka dan kalu manusia kita ini dah terlebih matang so aku harap jugak agak berkempen la dengan matang... jangan la berkempen mengutuk peribadi seseorang. Sekarang ini pun aku rasa rakyat Malaysia dah matang dan tahu mana calon dan parti mana yang boleh membantu mereka.... jadi berkempen la dengan matang.

Lagi satu yang aku tak setuju adalah peluang yang tidak diberikan secara adil kepada pembangkang ini menyuarakan pendapat mereka kepada umum kerana media massa dan media cetak tidak memberi liputan yang adil kepada mereka....jadi ini ker.. demokrasi. Kalau boleh bagi la peluang kepada mereka untuk berbicara dan menyuarakan pendapat mereka dan biar rakyat yang tentukan. Jika benar pihak pembangkang ingin menghapuskan tol, PTPTN, menaikkan gaji para pendidik sebanyak RM500, memberi air percuma 20m3... aku pun nak tahu jugak macamana mereka nak dapatkan dana untuk itu.... adakah cukai pendapatan akan dinaikkan?

maaf... bersambung lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...