Penguatkuasaan peraturan baru cermin gelap berkuatkuasa pada 1 November 2014. Peraturan baru itu menyaksikan kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin belakang dan cermin sisi penumpang belakang kenderaan dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Bagaimanapun VLT bagi cermin hadapan kekal pada 70 peratus dan bagi cermin sisi pemandu kekal pada 50 peratus.
Peraturan baru itu berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan di negara ini termasuk kereta import dan milik wakil rakyat.
Pengecualian terhadap peraturan itu hanya diberikan kepada penggunaan kenderaan membabitkan jawatan tertentu seperti Yang di Pertuan Agong, Sultan, Yang di Pertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Ketua Hakim.
Pengecualian juga diberikan kepada jabatan tertentu yang menjalankan penguatkuasaan berisiko tinggi seperti polis dan Kastam dengan syarat perlu membuat permohonan terlebih dahulu.
Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baru ini boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara 2 minggu atau kedua-duanya.
DSP : Baguslah kalau macam tu... Cuaca di Malaysia yang panas amat perlu dipasang cermin gelap pada kenderaan kerana ianya dapat membantu mengurangkan haba yang terperangkap di dalam kenderaan di samping mampu untuk mengurangkan kesan silau cahaya matahari. Selain itu peraturan baru ini juga memberikan keadilan kepada semua pengguna kenderaan apabila hanya jawatan tertentu sahaja yang diberi pengecualian daripada mematuhi peraturan baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan