Isnin, 3 Mac 2014

5 Sebab lelaki berusia menjadi pilihan perempuan muda

Saya pernah terbaca tentang kajian yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar perempuan di di beberapa universiti berkenaan dengan pilihan teman hidup. Apa yang mengejutkan ialah hasil kajian menunjukkan kecenderungan pelajar-pelajar ini memilih lelaki yang lebih berusia sebagai pilihan yang paling ideal sebagai teman hidup.

Lelaki berusia adalah dikategorikan sebagai lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas.

dari sudut pandang, lelaki berusia, kahwin, perempuan muda
Sekadar gambar hiasan
Apakah yang menyebabkan kecenderungan ini terjadi?

Tak lain dan tak bukan kecenderungan ini adalah disebabkan perempuan muda ini ingin hidup selesa dan senang.

Terdapat 5 sebab mengapa lelaki berusia menjadi pilihan perempuan muda.

1. Kerjaya

Pada usia ini lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas telah mempunyai kerjaya yang tetap dan stabil berbanding dengan lelaki yang lebih muda. Mereka juga telah melalui fasa beberapa kenaikan pangkat dan ini membolehkan kehidupan mereka lebih selesa.

2. Kepemimpinan

Kebanyakan lelaki pada usia ini, telah menunjukkan kematangan daripada segi kepimpinan. Pada usia ini mereka telah dipilih untuk mengetuai organisasi di tempat kerja, persatuan atau pertubuhan. Disebabkan pengalaman luas bekerja dalam sesebuah syarikat, berwibawa memimpin pekerja dan berpengetahuan luas untuk berada di tempat tertinggi.

3. Kuasa

Disebabkan kepimpinan yang begitu menonjol serta berkebolehan menerajui organisasi sehingga berada di puncak, pada usia ini ada sesetengah daripada mereka mula menerima pangkat dan kuasa dengan pelbagai gelaran seperti Dato', Dato' Sri, Tan Sri dan sebagainya.

4. Komunikasi

Apabila sudah mempunyai kerjaya kukuh, menjadi pemimpin dan berkuasa membuat keputusan sekali gus mereka mempunyai tahap komunikasi yang tinggi, dalam erti kata lain, bijak berkata-kata serta mempunyai bahasa tubuh yang baik dan positif. Ini menyebabkan mereka menjadi tarikan terutama wanita muda atau disegani rakan sekerja yang lain. Karisma mereka juga mula terserlah dan apa saja yang diperkatakan akan mudah dipercayai dan mendapat persetujuan pekerja bawahan atau rakan-rakan. Disebabkan faktor inilah lelaki 40-an dikatakan lebih romantik dan penyayang kerana pandai berkomunikasi dan bijak berkata-kata.

5. Mempunyai keperibadian tinggi

Lelaki pada usia 40an berjaya memaparkan keperibadian dari segi pakaian dan personaliti yang memikat. Apabila mereka menonjolkan kehebatan dari segi gaya dan penampilan, ia mampu menjadi tarikan terutama kepada wanita muda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...