Isnin, 9 Julai 2012

Debat MCA dengan DAP 2.0

Baru selesai tengok rakaman debat 2.0 antara Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA iaitu Datuk Seri Choi Soi Lek berkenaan dengan 'Dasar siapa yang lebih memberi manfaat kepada negara'.

Aku tak mahu membicarakan tentang siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat tersebut tapi yang pasti, yang menang adalah rakyat Malaysia.

Sebenarnya era berdebat ini dimulakan dengan Anwar lawan Shabery, kemudian diikuti dengan Guan Eng lawan Tsu Koon, Rafizi lawan Khairi dan sehinggalah kepada Guan Eng lawan Soi Lek ini.

Banyak isu yang dikupas dan diutarakan oleh kedua-dua pendebat ini. Ada soalan yang dijawab dengan sempurna dan ada soalan yang langsung tidak dijawab. Mungkin sebab soalan itu, mereka tiada jawapan atau mungkin jika jawapan yang diberikan akan berbalik kepada mereka.

Bagi aku, sebagai seorang pemilih atau pengundi, debat ini memberi banyak informasi kepada aku tentang keupayaan pembangkang untuk mentadbir kerajaan jika mereka menang dan juga jasa-jasa kerajaan sekarang ini.

Cuma aku terkejut tentang kenyataan seorang ahli panel yang juga  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengatakan yang dia telah 'cross check' berkenaan dengan rasuah atau salah tadbir urus di pihak kerajaan sebanyak RM26 bilion. Itu satu angka yang besar dan banyak.

Aku tak mahu membincangkannya, cuma aku berharap alangkah baik jika Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dapat berdebat dengan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim tentang hala tuju Malaysia dan menjawab segala tohmahan dan isu-isu yang dilemparkan selama ini.

Aku rasa rakyat Malaysia dapat menerima kaedah berdebat ini sebagai suatu kaedah yang baru bagi menilai dan memahami sesuatu isu yang bersangkutan.

Cuma satu yang aku harapkan iaitu ketika berdebat, usahlah berdebat dengan emosi, menghina peribadi lawan. Berdebatlah dengan semangat setiakawan.

Lagi satu kepada penyokong-penyokong parti yang menghadiri debat, tolonglah hanya bertepuk tangan dan jangan meng'boo'kan dan menjerit kepada pedebat yang anda tidak suka. Hormati hujahnya walaupun hujahnya mengarut.

Kita tunggu mungkin selepas ini akan ada debat antara Najib lawan Anwar ataupun mungkin Muhyidin lawan Azmin. Harap-harapnya ada.

P/S : Sepatutnya kita perlukan debat untuk kita menilai parti mana yang boleh membawa Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...