
Pelakon baru yang berusia 22 tahun tersebut yang pernah membintangi 8 drama dalam tempoh 5 bulan antaranya Cinta Jangan Pergi dan Cinta Puteri Salju telah melaporkan kepada polis apabila pengarah yang berusia 60-an itu mencabulnya pada 10 Januari lalu.
Akibat laporan polis yang dibuatnya, beliau kemungkinan tidak lagi akan dipanggil untuk berlakon walaupun dia masih berminat jika ditawarkan. Untuk menjamin pendapatannya, beliau kini berkerja di bidang perhotelan.
Beliau menyatakan akibat kes beliau dicabul, masyarakat kini memandang serong terhadapnya.
"Ada yang memandang serong dan ada juga bersimpati. Kejadian ini adalah pertama kali berlaku dalam hidup saya dan saya serahkan pada polis untuk melakukan siasatan lanjut."
Darisudutpandang: Kadang-kadang akibat reaksi sekeliling membuatkan orang yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi melibatkan kes-kes seperti dicabul, dirogol, gangguan seks dan sebagainya menjadi trauma untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis kerana ianya akan melibatkan maruah diri mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan