Okeylah baca petikan ini yea:
Ketua Suruhanjaya Pengendalian TembakauNasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.
Dr. Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.
Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.
Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.
Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.- Metro
Darisudutpandang: Kepada perokok yang beragama islam berhati-hatilah mungkin rokok yang anda hisap mengandungi hemoglobin babi. Kita umat islam sudah sepatutnya menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. Moga artikel ini menjadi saat mula untuk anda semua perokok untuk cuba berhenti merokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan