Permohonan beliau untuk merayu bagi kes saman malu kerana menumbuk bahagian muka seorang lelaki yang juga seorang ahli perniagaan telah ditolak dengan sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.Saman malu itu dikemukakan oleh Amir Bazli Abdullah, 41 yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri berkenaan yang telah berkahwin. Kes tersebut berlaku hampir 7 tahun yang lalu.
Darisudutpandang: Ini membuktikan mahkamah tidak mengira kedudukan dan pangkat dalam membuat keputusan. Walaupun kes ini akan hanya didengar pada 26 Ogos depan, diharapkan ianya menjadi satu permulaan bagi memberi keparcayaan kepada integriti mahkamah kita yang kini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan