Kakitangan bank yang juga seorang wanita dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000.00 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.
Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
Wanita ini yang bekerja di bank terbabit telah memalsukan dokumen Lisa sebelum membatalkan kad yang lama dan seterusnya membuat salinan baru kepada kad tersebut dan mengeluarkan wang untuk perbelanjaannya.
Walaubagaimanapun wanita tersebut tidak direman kerana suspek mengidap sakit jantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan