
Raja Azmi berkata, "Dia bersedia berkahwin bila-bila masa saja tetapi itu semua bergantung dengan Hafiz."
"Mulanya saya ambil kisah juga tentang perbezaan usia kami yang berbeza 26 tahun, tetapi kata Hafiz, umur bukan penentu kebahagian dan yang lebih penting, mereka perlu memikirkan perasaan masing-masing." tambahnya lagi.
"Saya sudah pun berjumpa dengan ibu Hafiz pada Isnin lalu, mulanya saya fikir ibu Hafiz tidak dapat menerima saya kerana jarak usia yang terlalu berbeza. Tapi bila Hafiz beritahu bahawa ibunya tidak kisah dengan sesiapapun pilihan dia, saya jadi lega." Katanya.
Mereka berkenalan bulan lalu ketika Hafiz sedang mengadakan persembahan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Daripada bertukar nombor telefon dan mengirim mesej, kata Raja Azmi, cita mula berputik.
P/S: Sekarang ini sudah menjadi satu trend lelaki tua kahwin dengan wanita muda dan wanita tua kahwin dengan lelaki muda.....tak kisah asalkan mereka bahagia..dan Dari sudut pandang mengucapkan selamat berbahagia buat Raja Azmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan