Rabu, 23 Mei 2012

Nazmi Faiz membuatkan rakyat Malaysia bangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini sejarah baru bolasepak Malaysia tercipta lagi kali ini oleh seorang pemain yang hanya baru berusia 17 tahun. Beliau ialah Nazmi Faiz Mansor yang telah berjaya menambat hati panel pemilihan pasukan Liga Primeira iaitu SC Beira Mar. Nazmi telah ditawarkan kontrak selama 3 tahun iaitu sehingga 2015 oleh pasukan tersebut. Kontrak ini hanya ditandatangani apabila Nazmi genap berusia 18 tahun pada Ogos ini.
Darisudutpandang mengucapkan tahniah dan syabas buat Nazmi Faiz kerana telah berjaya membuktikan bahawa apalah ada pada saiz dan bentuk badan jika skil dan teknik adalah setanding dengan pemain luar. Kita selama ini disogokkan oleh kenyataan bahawa pemain kita tidak akan berjaya terpilih untuk bermain diluar kerana saiz badan kita yang rendah berbanding dengan pemain luar negara yang rata-ratanya berbadan tinggi dan tegap. Kita jangan lupa bahawa ramai pemain dari benua Amerika bukanlah berbadan besar tapi dipentas dunia bolasepak mereka berjaya mencipta nama. Antara pemain tersebut adalah Roberto Carlos, Diego Maradona (pemain terbaik sepanjang zaman FIFA) dan yang terbaru Lionel Messi. Mereka berjaya bukan dilihat dan diukur dari bentuk dan saiz badan tetapi adalah keupayaan skil dan teknik yang dimiliki.
Nazmi Faiz dan yang terdahulu Safee Sali telah membuktikan bahawa pemain Malaysia juga mampu untuk bermain bolasepak di luar jika peluang untuk mengembangkan bakat diberikan. Ini membuktikan latihan dan pendedahan bermain di Slovakia adalah keputusan yang tepat dan sekaligus mengenepikan tanggapan sesetengah pihak bahawa ianya satu pembaziran. Selain Nazmi Faiz, nama Wan Zack Haikal dan Irfan Fazail juga disebut-sebut akan menghadiri pemilihan untuk sebuah kelab dari Jepun. Diharapkan selepas Safee Sali dan terkini Nazmi Faiz semakin ramai pemain kita akan diintai oleh pasukan lain untuk bermain diluar negara.

Jika Nazmi Faiz berjaya menempatkan diri untuk bermain sebagai kesebelasan utama dengan SC Beira Mar pada satu hari nanti, darisudutpandang percaya makin ramai anak-anak muda yang pasti bercita-cita untuk menjejaki langkah Nazmi Faiz ini. Banggakan negara, Parab√©ns e boa sorte, Nazmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...