Ahad, 19 Januari 2014

8 cara layan isteri di bilik tidur

Amaran!!! Artikel ini hanya untuk orang yang dah berkahwin aje.

dari, sudut, pandang, pasangan, suami, isteri, cara layan isteri, di bilik tidurSeorang suami harus melakukan 8 cara ini bagi mengeratkan lagi hubungan anda dengan isteri. Cara ini perlu dilakukan sebelum tidur dan kalau boleh lakukan setiap malam. Berikut adalah cara-cara tersebut:

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana-mana bahagian yang biasa dicium.  

2. Lafazkan ucapan "Abang cintakan Ayang" atau apa saja yang anda nak ucap.

3. Renung wajahnya, Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Nyanyikan lagu untuknya, kalau lagu tersebut anda cipta sendiri lagi bagus.

5. Ulang cerita tentang anda sebelum kahwin, ingati masa anda bekenalan dengan dia...tapi jangan cerita semua, satu malam satu cerita ...jer. Oppss...jangan ungkit cerita tentang anda bergaduh yea.

6. Berterima kasihlah kepada isteri, tentang apa yang dia lakukan untuk anda dan anak-anak.

7. Berceritalah juga tentang cerita-cerita tauladan misalnya cerita isteri-isteri Rasulullah saw dan sebagainya.

 8. Tidurlah dalam keadaan berpelukan . Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda.

Lakukan perkara-perkara ini sebelum tidur, Insya Allah isteri anda akan makin sayang dan kasih kepada anda. Jika dia makin sayang makanya layanan dia kepada anda makin tip- top......

Sebenarnya masih banyak yang boleh dilakukan oleh anda sebelum tidur dan tidak semestinya hanya melakukan hubungan intim......

Kepada suami yang membaca artikel ini, Selamat mempraktikkan........





Ya Allah, mengapa doaku tidak dikabulkan

Seringkali kita tertanya-tanya mengapa doa kita tidak dikabulkan oleh Allah..hingga kadang-kadang kita merasa malas lagi untuk meminta kerana pasti tidak diperkenankan olehNya.


Tunggu dulu, kalu berfikiran macam tu.....tolong baca sampai habis yea....mengapa Ya Allah, doaku Engkau masih tidak perkenankan.

Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 106 yang bermaksud; "Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"

Doa bererti permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Allah menyuruh setiap orang berdoa dan meminta kepadaNya. Allah memberi janji bahawa Dia akan memperkenankan setiap doa.

Sama ada makbul atau tidak, cepat atau lambat, diberi didunia atau akhirat, tak siapa yang tahu tentangnya. Doa yang makbul bergantung kepada setakat mana akrabnya seseorang itu kepada Allah. Semakin akrab seseorang kepada Allah, maka makin mudahlah doa hamba berkenaan diperkenankan.

Ibnu Athailah as-Sakandari mengingatkan kepada kita agar terus berdoa kerana nafsu seringkali muncul ketika Allah menunda permintaan atau mengkabulkan doa kita.

Sikap berputus asa dan merasakan bahawa doa kita tidak akan dikabulkan, akan menjauhkan lagi kita dengan Allah.

Kita seharusnya jangan merasa berputus asa daripada berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah disebabkan lambat masa doa tersebut diperkenankan.

Juga jangan kita menghendik dan melontarkan kata-kata marah kerana Allah telah berjanji akan memperkenankan doa kita.

Sepertimana firman Allah dalam surah al-Mu'min, ayat 60 yang bermaksud, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina".

Bersangka baik terhadap Allah adalah diantara syarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati kita jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Barangkali firman Allah ini dapat meredakan keresahan kita.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 186 yang menbawa maksud, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".

Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan kita lebih-lebih lagi bagi orang yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hambaNya.

Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendakNya, maka akan diberikan segera, tetapi jika permohonan kita tidak seiring dengan kehendakNya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendakNya sebagai pilihan yang tepat.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Hakim. Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud, "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (permintaannya) demi pahalanya, atau dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya"

Oleh itu, jangan kita sesekali berputus asa dalam berdoa kepadaNya......


Rabu, 15 Januari 2014

Tahniah, kini restoran mamak pula naik harga

Tahniah dan syabas buat Restoran-Restoran Mamak kerana telah mengikuti trend semasa yang menaikkan harga barang dan makanan. Kalau kekal dengan harga lama mana nak untung...kan mamak kan....


Dikhabarkan kenaikan harga di kedai-kedai mamak ini antara 20 sen hingga 25 sen. Jadi korang jangan terkejut lah bila makan roti canai kosong dengan segelas teh tarik harganya RM3.10.

Kenaikan ini adalah sebanyak 15 %. Jadi kalau makan nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam, kenaikannya adalah sebanyak 75 sen hingga RM1.50.

Sebenarnya ini adalah cadangan harga bagi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), yang akan berkuatkuasa pada bulan Mac 2014 nanti.

Darisudutpandang: Nampaknya selepas ni kita makan sayur kangkung jer lah....sebab kangkung dah turun harga...

Dirogol dan dikurung rakan FB

Dah banyak sangat kes-kes yang seperti ini dilaporkan baik didalam akhbar, di Facebook (FB), diblog-blog dan sebagainya. Namun masih ada lagi perempuan yang masih terjerat dengan rakan FB ini. Bukan nak kata semua rakan FB yang seperti ini namun sebagai wanita atau perempuan atau anak-anak gadis perlu berhati-hati dengan rakan yang hanya dikenali di Facebook.

dari, sudut, pandang, dirogol, dikurung, rakan FB, Facebook, wanita, lelaki
Cerita apa lagi ni? Ceritanya macam ni.....

Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa 4 hari untuk mencari jalan untuk meloloskan diri daripada tawanan seorang lelaki yang berusia lewat 40an yang juga kenalannya di Facebook.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar kerana telefon bimbitnya dirampas oleh lelaki itu, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah tersebut.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Sepanjang dikurung selama 4 hari itu, mangsa telah dirogol beberapa kali dan gambar bogelnya juga turut dirakam.

Difahamkan lelaki itu yang hanya bekerja sebagaipemandu di sebuah syarikat swasta juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya 3 wanita muda melalui Facebook sejak 6 bulan lalu.

Menceritakan kejadian tersebut, mangsa dilaporkan telah mengenali mangsa sejak Oktober lalu.

"Suspek telah menggunakan kepakarannya iaitu kata-kata yang manis dan pelbagai janji menyebabkan mangsa terpikat untuk berkenalan sebelum bertemunya.

"Selepas beberapa kali berjumpa, mangsa dijerat suspek untuk dibawa kerumahnya sebelum dikurung dan dirogol," katanya.

Darisudutpandang: Modus operandi: memikat wanita di dalam FB dan apabila berjaya, wanita tersebut diajak keluar dan dibawa kerumah untuk dirogol...nampak senang jer modus operandi dia ni. Senang sebab wanita bila di ayak dengan kata-kata yang manis...cair lah dia. Pahtu boleh lah buat apa saja...atas nama Cinta.

Apa kata anda??





Isnin, 13 Januari 2014

Guru dimaki kerana bertudung

Dulu kes-kes berkenaan anutan agama seseorang tidaklah menjadi isu sensasi kerana sebagai negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama, sikap toleransi amat menebal, tetapi kini sikap toleransi itu seakan-akan hilang. Hinggakan seorang Timbalan Menteri pun pernah memainkan isu agama ini apabila mempersoalkan amalan korban disekolah.


Kini kes ini berlaku pula kepada seorang cikgu perempuan mualaf yang mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila diugut supaya membuka tudung. Difahamkan seorang ahli jemaah pengurusan sekolah tersebut terbabit dengan insiden ini.

Berikutan ugutan itu, guru berusia 25 tahun itu membuat satu laporan polis pada 8 Januari lalu di Balai polis Teluk Sengat. Guru tersebut dikhabarkan telah ditukarkan tempat mengajar serta-merta ke sebuah sekolah kebangsaan di sini.

Darisudutpandang: Aku ingatkan kes-kes seperti ini hanya berlaku di luar negara tapi di Malaysia pun berlaku juga. Inilah akibatnya bila tiada lagi sikap toleransi antara kaum dan agama. Dia orang tak tahu ke, kes seperti ini boleh menyebabkan tercetusnya isu perkauman dan keagamaan.

Dah lama kita hidup bersama dan saling memahami antara satu sama lain dibumi yang diberi nama Malaysia ini. Sepatutnya tiada lagi isu seperti ini yang ditimbulkan kerana kita memahami keperluan dan tuntutan agama masing-masing.


Ahad, 12 Januari 2014

Man Utd kalah: Silap Moyes atau pemain

Selepas pengumuman perletakan jawatan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United dan pengganti tempat beliau iaitu David William Moyes seakan-akan bergelut untuk mengekalkan kedudukan Manchester United (Man U, United) sebagai pasukan yang terkuat dalam Liga pada musim ini.



Manchester United ditangan Moyes mencatatkan permulaan liga yang amat buruk dalam sejarah dan terbaru mengalami 3 kali kekalahan berturut-turut tetapi mujurlah semalam menang dengan Swansea dengan kemenangan 2-0, lawan yang menyingkirkan Man U dalam perlawanan Piala FA, yang sekaligus menamatkan badi kekalahan yang dialami Man U.

Walaupun begitu statistik 31 perlawanan awal Man U dalam setiap pertandingan menyaksikan rekod Moyes mengatasi Ferguson iaitu menang 18 perlawanan berbanding Ferguson 12.

Statistik ini menyebabkan Moyes masih dianggap taruhan terbaik untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan Ferguson yang pada sepanjang kariernya berjaya mengumpul 20 kejuaraan liga tertinggi Inggeris: 13 Liga Perdana, 11 Piala FA. Bagi kejuaraan berprestij Eropah pula memenangi hampir semua pertandingan yang dipertandingkan kecuali Liga Europa UEFA.

Bagaimanapun perlu diingat, ketika Ferguson melangkah ke Old Trafford dari Aberdeen, United berada di ambang penyingkiran ke divisyen 2 dan pengendali dari Scotland itu mengambil masa hampir 4 tahun untuk memenangi trofi pertamanya, Piala FA pada tahun 1990.

Berbanding dengan Moyes, beliau mengambil alih United ketika United baru saja menjuarai trofi liga ke-20 dan mempunyai cukup masa untuk memperkuatkan pasukan menjelang musim baru. Mungkin kata orang mengejar kejuaraan lebih mudah daripada mempertahankan kejuaraan dan ini mungkin menjadi badi bagi
Moyes.

Moyes pada awal musim hanya berjaya membawa masuk bekas pemain daripada kelab lamanya Everton iaitu Marouane Fellaini yang dilihat gagal menyerlah dan kerap memanaskan bangku simpanan.

Prestasi United ketika ini dilihat tidak konsisten selepas persaraan Alex Ferguson dan mengambarkan pemain senior United juga turut bersara bersama Ferguson dan jurang mula kelihatan dalam bilik persalinan apabila Moyes dikatakan memberi layanan istimewa kepada Wayne Rooney- bekas penyerangnya ketika di Everton dulu.

Rio Ferdinand, 35 mendedahkan tabiat Moyes yang hanya akan mengumumkan senarai pemain pada saat-saat akhir juga menjadikannya seperti orang gila apabila terpaksa berfikir dengan penuh debaran sama ada akan dapat bermain atau tidak.

"Anda menghabiskan masa dan tenaga berfikir, 'Aku main ke tidak?' dan ia terus berputar dalam minda sehingga senarai akhir skuad dimumukan," katanya bek tengah itu.

Ketika era Ferguson, pengendali itu akan memberi tahu perancangannya lebih awal kepada para pemain supaya para pemain dapat mempersiapkan diri lebih awal bagi meningkatkan kecergasan menjelang perlawanan tertentu.

Cara Moyes yang membiarkan pemain tertanya-tanya sehingga 2 jam sebelum perlawanan adalah satu kesilapan. Biasanya pemain akan diberitahu sehari sebelum perlawanan.

Dalam kes Rooney pula, kebanyakan pemain merasakan pujian Moyes terhadap penyerang itu di awal musim agak melampau. Di minda Moyes mungkin ia perlu dilakukan selepas Rooney pernah memberitahu Ferguson yang dia akan meninggalkan United, dan hujahnya disokong dengan prestasi terkini penyerang England itu.


 






Khamis, 9 Januari 2014

Model kereta yang akan dilancarkan 2014

Buat yang bercita-cita nak tukar kereta tu, boleh fikirkan pilihan yang akan ada kerana beberapa model baru daripada beberapa jenama akan dilancarkan sepanjang tahun ini. Antara model tersebut ialah:

1. Perodua


Perodua akan mengeluarkan model Alza yang baru yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Model ini dalam kategori MPV

2. Toyota
Toyota Corolla Altis
Toyota Camry Hybrid
Toyota akan mengeluarkan 2 model yang terbaru iaitu Toyota Corolla Altis pada suku pertama bagi kategori kereta penumpang segmen C. Manakala Toyota Camry Hybrid pula dijangka akan dilancarkan pada suku kedua bagi kategori kereta penumpang segmen D.

3.  Proton


Model terbaru proton yang belum diberi nama dan dikenali dengan kod P2-30A bagi kategori kereta penumpang segmen A, akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Model ini juga dikenali dengan Proton Global Small Car.

4. Honda

Model terbaru keluaran honda adalah Honda City Hybrid yang dijangka akan dikeluarkan pada suku ketiga. Kereta ini dikategorikan kereta penumpang dalam segmen B.

5. Citroen

DS3 dalam kategori kereta penumpang segmen C, dijangka akan dilancarkan kepada umum pada suku pertama.

6. Ford
Ford Fiesta EcoBoost
Ford Kuga Titanium+
Ford Fiesta ST
Ford yang kini membina semula jenamanya di Malaysia, akan melancarkan 3 model iaitu Ford Fiesta EcoBoost dalam segmen B pada suku pertama, Ford Kuga Titanium+ dalam segmen SUV pada suku ketiga dan Ford Fiesta ST dalam segmen B pada suku kedua.

7. Hyundai
Hyundai i30 Hatchback
Hyundai Veloster Turbo
2 model dijangka akan diperkenalkan dipasaran Malaysia pada tahun ini iaitu Hyundai i30 hatchback dalam segmen C pada suku pertama, manakala Hyundai Veloster Turbo dalam segmen C dijangka pada suku ketiga.

8. Nissan 
Nissan Sylphy 3rd Gen
Nissan Teana
Nissan Note
Nissan akan mengeluarkan 3 model untuk pasaran Malaysia iaitu Nissan Sylphy 3rd Gen dalam segmen C, akan dilancarkan pada suku kedua, Nissan Teana J33 pada suku ketiga dalam segmen D dan Nissan Note pada suku keempat, dalam segmen B

9. Mitsubishi

Bagi peminat kereta Mitsubishi pula, model terbaru Mitsubishi ASX pula dijangka akan berada dipasaran pada suku ketiga dalam segmen SUV.

10. Peugeot


Model terbaru Peugeot 2008 akan berada dipasaran pada suku pertama dalam kategori SUV.

11. Chevrolet

Chevrolet pula akan memperkenalkan model terbaru iaitu Chevrolet Impala bagi pasaran Malaysia. Dijangka akan dilancarkan pada suku kedua dalam segmen D

Darisudutpandang: Ada yang terpikat ke?

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...