Ada suami yang beranggapan jika mempunyai saiz zakar yang kecil pastinya tidak dapat puaskan nafsu isteri. Sebenarnya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Jadi kepada suami yang mempunyai saiz zakar yang kecil jangan susah hati pulak. Jangan lah pula beli ubat, cream sapu atau alat senaman zakar semata-mata untuk membesarkan zakar anda. Kebanyakan ubat dan alat-alat senaman yang berada di pasaran sekarang tidak mampu pun untuk membesarkan zakar anda.
Mereka lebih mementingkan teknik bersetubuh dan keintiman ketika aktiviti seks daripada saiz zakar. Dalam kata lain kebanyakan wanita daripada kajian ini lebih gemarkan foreplay dan bagaimana pasangan mereka melayan mereka ketika berasmara. kajian ini juga mendapati 10% wanita yang meletakkan saiz zakar sebagai faktor utama adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan hubungan seks atau wanita dalam usia yang muda.
Kajian oleh Universiti Kebangsaan Singapura pula terhadap saiz zakar lelaki Asia. Kajian ini mendapati saiz zakar lelaki Asia yang normal antara 12cm (4.7 inci) panjang dan ukur likit 11cm semasa terangsang adalah saiz yang lebih dari cukup untuk menikmati hubungan seks dengan sempurna.
Oleh itu wahai suami, tolonglah belai isteri terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya diambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan