Sabtu, 27 Disember 2014

Soalan peperiksaan akhirat bocor

Bagi yang akan menghadapi dan menduduki peperiksaan pastinya akan mempersiapkan diri dengan belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan tuisyen, menghadiri seminar cara-cara untuk menjawab soalan dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk menghadiri seminar semata-mata untuk mendapatkan tip soalan-soalan yang akan keluar. Ini semua dilakukan semata-mata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang akan dihadapi.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita juga akan menghadapi peperiksaan di akhirat nanti. Peperiksaan ini amat besar dan yang paling penting kerana ianya akan menentukan kita masuk ke syurga atau ke neraka. Tapi yang paling 'best'nya ialah soalan yang akan ditanya oleh Allah telahpun bocor sewaktu kita didunia ini lagi dan setiap daripada kita mengetahuinya.

Antara soalan yang akan ditanya oleh Allah ialah:

1. Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan.

2. Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan.

3. Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan.

4. Tentang ilmunya, apakah diamalkan dengannya.

Ini adalah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Dari Abi Barzah al-Aslami, dari Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempatnya berdiri pada hari kiamat sehingga ditanya 4 perkara iaitu tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan; tentang hartanya dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya apa yang telah diperbuat dengannya" Hadis riwayat Imam At-Tarmizi.

Jom kita check diri kita agak-agaknya boleh ke kita jawab pertanyaan oleh Allah nanti? Agak-agaknya boleh ke nanti kita lulus dengan cemerlang?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...