Sabtu, 13 Disember 2014

Penyu dan pasukan bolasepak negeri Terengganu

Apakah sebabnya yang menjadikan haiwan yang dipanggil sebagai penyu dikaitkan dengan negeri Terengganu?

Simbol penyu ini lambang negeri Terengganu
Ini kerana pada waktu dulu banyak penyu yang 'mendarat' di kebanyakan pantai di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Pada waktu itu, penyu menjadi satu tarikan kepada para pelancong untuk datang ke Terengganu terutamanya ke Rantau Abang.

Walaupun kini penyu tidak lagi banyak 'mendarat' di pantai Terengganu lebih-lebih lagi penyu belimbing namun nama penyu itu seakan-akan sudah sinonim dengan negeri Terengganu sehinggakan ianya menjadi maskot rasmi kepada setiap acara sukan yang disertai oleh kontinjen negeri ini.

Nama gelaran 'sang penyu' ini digahkan lagi apabila skuad bola sepak Terengganu yang bermain dalam Liga Super Malaysia turut menggunakan nama haiwan ini.

Ada yang berpendapat dan bercadang nama 'sang penyu' yang diberikan kepada skuad bola sepak Terengganu perlu ditukarkan kepada nama lain sepertimana nama gelaran pasukan T-Team telah ditukarkan kepada 'The Titan'.

Sebelum aku memberikan pendapat berkenaan dengan cadangan tersebut mari kita lihat balik apakah motif disebalik gelaran 'penyu' kepada pasukan bola sepak Terengganu. Seperti yang ditulis pada awalnya, penyu adalah lambang negeri Terengganu dan pasukan bola sepak Terengganu adalah simbol kepada maruah negeri.

Jika nama penyu itu sudah menjadi simbol kepada negeri kenapa hendak ditukarkan? Adakah kerana penyu itu sejenis haiwan yang lembut, yang diancam kepupusan dan nama yang tidak komersial maka ianya perlu ditukar?

Adakah kita perlu mengikut pasukan lain yang menamakan pasukan mereka dengan nama 'The Red Warrior', 'Red Giant', 'Red Devil', 'The Titan' dan sebagainya semata-mata untuk komersial.

Bagi aku tak perlu kita tukarkan nama penyu itu yang sudah menjadi simbol bagi negeri Terengganu. Yang perlu kita tukarkan ialah corak pentadbiran Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) supaya lebih profesional dan lebih efisien. Jadikan PBSNT sebagai contoh ikutan profesionalisme kepada persatuan sukan yang lain. Tak ada gunanya jika gelaran pasukan gah gila tapi pengurusan dan pentadbiran persatuan kucar kacir.

Kalau nak komersial sangat tukarkan saja nama penyu itu kepada 'The Turtle' dan aku ingin mencadangkan juga agar Ultras Terengganu ditukarkan kepada 'The Ninja Turtles Army' untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan ultras dari negeri lain yang digelar 'The Elephant Army', 'B.O.S' dan sebagainya.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...