
Cerita banyak pun tak guna, bacalah kisah seksaan 2 jam gadis ini disebuah hotel di Kajang:
Sumber polis berkata, mangsa yang juga gadis yang berusia sekitar 20-an telah diajak keluar oleh kawan lelakinya yang berusia 23 tahun untuk keluar makan pada jam 2 pagi.
"Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun lelaki terbabit memberi alasan ingin ke hotel berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk mengikut rakannya. Malangnya 3 lelaki yang sedia menunggu di hotel mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat 2 hotel itu.
Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan tersebut cuba melawan namun sia-sia sebelum lelaki-lelaki tersebut merogolnya secara bergilir-gilir.
"Sekitar jam 4 pagi, 2 anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dikatakan terserempak 3 suspek lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang lobi hotel dan cuba menghampiri mereka sebelum suspek tersebut melarikan diri.
Namun, polis berjaya menemui mereka yang sedang bersembunyi di tingkat 2 hotel. Hasil pemeriksaan, polis menemui gadis tersebut dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu telah diperkosa.
Polis telah berjaya menahan ketiga-tiga suspek manakala seorang berjaya melarikan diri apabila sempat terjun melalui tingkap.
DSP: Kes yang melibatkan rogol ini nampaknya semakin meningkat dan ini menjadi satu ancaman kepada ramai gadis-gadis yang diluar sana. Harap berhari-hatilah dengan semua lelaki, jangan memberi mereka peluang untuk dapat merogol anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan