Ahad, 27 April 2014

Rekod Alex Ferguson yang dipecahkan Moyes

Selepas Alex Ferguson bersara daripada menjadi pengurus Manchester United yang dipegangnya selama 26 tahun, penganti beliau iaitu David Moyes telah melakukan keajaiban kerana telah memecahkan banyak rekod yang dicipta oleh Ferguson.

dari sudut pandang, Moyes dipecat, Manchester United, rekod

Antara rekod-rekod yang dipecahkan oleh Moyes adalah rekod yang terbaik dan juga rekod yang terburuk yang dicipta oleh seorang pengurus Manchester United. Sehinggalah beliau dipecat menjadi pengurus Manchester United yang juga kali pertama yang diambil oleh pemilik United iaitu keluarga Glazer.

Rekod-rekod tersebut ialah:

1. 11 Ogos 2013: Manchester United 2-0 Wigan.
Moyes mencipta rekod kerana menjadi pengurus United yang pertama memenangi trofi dalam musim pertama apabila memenangi trofi Perisai Komuniti.

2. 17 Ogos 2013: Swansea City 1-4 Manchester United.
Moyes merupakan pengurus United pertama yang merekodkan kemenangan 4-1 di liga sejak Dare Sexton meraih keputusan sama pada tahun 1977.

3. 22 September 2013: Manchester City 4-1 Manchester United
United menyamakan rekod kekalahan terbesar mereka di Stadium Etihad.  Ia rekod kekalahan terbesar yang sama di City sejak tahun 1989.

4. 28 September 2013: Manchester United 1-2 West Brom
United tewas di Old Trafford kepada Albion buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun sejak The Baggies kendalian Ron Atkinson mengalahkan anak buah Sexton, 5-3 pada tahun 1978. United juga menduduki tangga ke-12 liga selepas membuat permulaan liga paling buruk sejak musim 1989-90.

5. 27 November 2013: Bayer Leverkusen 0-5 Manchester United
Kemenangan terbesar United di tempat lawan di Piala Eropah sejak Busby Babes menewaskan kelab Ireland, Shamrock Rovers 6-0 pada tahun 1957, iaitu 56 tahun yang lalu.

6. 4 Disember 2013: Manchester United 0-1 Everton
The Toffees, memecahkan rekod 21 tahun tanpa kemenangan di Old Trafford iaitu kali terakhir mereka lakukan pada tahun 1992 iaitu ketika minggu pertama musim pengenalan Liga Perdana Inggeris.

7. 8 Disember 2013 : Manchester United 0-1 Newcastle United
Jaringan tunggal Yohan Cabaye telah memberi kemenangan pertama Newcastle di Old Trafford dalam tempoh 41 tahun. Mereka telah mengharungi 32 perlawanan di Theatre of Dreams tanpa meraih sebarang kemenangan sejak tahun 1972. Ia juga bermakna kekalahan tempat sendiri berturut-turut di Liga Perdana buat United sejak tahun 1992.

8. 4 Januari 2014 : Manchester United 1-2 Swansea
Swansea mencipta kemenangan pertama di Old Trafford sejak perlawanan pertama mereka pada 1931, iaitu 83 tahun tanpa kemenangan pada perlawanan Piala FA dibawah Michael Laudrup. Kekalahan ini juga adalah kali kedua sejak tahun 1984 menyaksikan United tersingkir dari Piala FA di pusingan ketiga.

9. 7 Januari 2014 : Sunderland 2-1 Manchester United
Selepas tewas kepada Tottenham di perlawanan tahun baru, United menerima tamparan lagi apabila kalah di peringkat separuh akhir pertama Piala Capital One, kekalahan 3 perlawanan berturut-turut sejak tahun 2001.

10. 24 Januari 2014: Juan Mata sertai Manchester United
Rekod pembelian terbesar dengan harga 37.1 juta paun, sekaligus memecahkan rekod pembelian kelab yang selama ini dipegang oleh Dimitar Berbatov yang dibeli dari Tottenham dengan harga 30.75 juta paun. Moyes juga membeli Marouane Fellaini dengan harga 27.5 juta paun pada musim panas lalu menjadikan keseluruhan pembelanjaan sebanyak 64.6 juta paun dalam tempoh singkat - satu lagi rekod kelab.

11. 1 Februari 2014 : Stoke City 2-1 Manchester United
Stoke telah memecahkan rekod 30 tahun tanpa kemenangan mereka sejak tahun 1984 di liga. Kekalahan ini bermakna United telah mencatatkan permulaan musim liga paling buruk sepanjang 24 tahun perlawanan di era Liga Perdana Inggeris.

12. 21 Februari 2014 : Wayne Rooney baharui kontrak
Gaji terbaru Rooney selepas menandatangani kontrak baru selama 5 tahun setengah iaitu 300 ribu paun, menjadikan penyerang England itu sebagai penerima gaji paling tinggi dalam sejarah United. Ditafsirkan sekitar 85 juta paun apabila kontrak berakhir pada tahun 2019, ia merupakan kontrak paling mahal pernah diberikan oleh sebuah kelab Inggeris.

13. 25 Februari 2014 : Olympiakos 2-0 Manchester United
Olympiakos menjadi kelab Greece pertama mengalahkan United di kejohanan Eropah.

14. 20 April 2014: Everton 2-0 Manchester United
The Toffees mencatatkan 2 kali kemenangan berdepan United dalam semusim. Ini memberikan mereka kemenangan paling bermakna sejak tahun 1970.

15. 22 April 2014 : Moyes dipecat
Pemecatan Moyes berlaku apabila Manchester United mencatatkan kekalahan ke-11 dalam Liga apabila tewas kepada Everton 2-0. Dengan kedudukan ke-7 dalam liga dengan baki 4 perlawanan bermakna Manchester United gagal pertama kali untuk layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tahun 1995. Dengan kedudukan ini juga bermakna untuk layak ke Liga Eropah juga hampir mustahil. Kedudukan Manchester United di dalam liga ketika ini adalah yang terburuk sejak tahun 1992. Jumlah keseluruhan perlawanan United di bawah Moyes iaitu 51 perlawanan, menang 27 perlawanan, 9 kali seri dan kalah 15 kali dengan peratus kemenangan 52.94 peratus.

DSP: Yang paling seronok melihat kemerosotan Manchester United ialah penyokong-penyokong daripada Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Manchester City. Kini giliran mereka merasa betapa hebatnya berada di atas.  Apa taknyer United telah mendominasi Liga Primer England selama hampir sedekad. Kini tiba masanya penyokong-penyokong United mengerti erti kekalahan. Walaupun begitu Glory Glory Manchester United. Moga masih ada sinar disebalik kemerosotan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...