Selasa, 4 Mac 2014

Ultras itu samseng bola sepak?

Ultras Malaya yang membuat protes dengan membakar suar dan juga membaling bom asap dikatakan sebagai samseng bola sepak yang mencemarkan nama negara.

Korang setuju ke gelaran ini diberikan kepada Ultras Malaya?

Perlu diingat, Ultras Malaya adalah gabungan kepada semua Ultras di setiap negeri. Jika gelaran samseng diberikan kepada Ultras Malaya bermakna Ultras Johor,Ultras Terengganu, Ultras Kelantan dan sebagainya adalah juga samseng.

Wajarkah gelaran ini diberikan kepada penyokong yang sentiasa berdiri teguh bola sepak negara Ultras Malaya ini digelar samseng?

Bagi aku gelaran tersebut tidak perlu digunakan ke atas mereka kerana disepanjang yang aku tahu mereka ini sanggup mengeluarkan wang, tenaga dan masa mereka semata-mata ingin menjadi pemain yang ke-12 yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada setiap pemain tidak kira menang atau kalah.

Ultras ini bukan penonton biasa yang datang ke stadium duduk dan memakan kuaci, bertepuk tangan bila aksi yang dipamerkan oleh pemain menarik dan mengutuk ketika pemain melakukan kesilapan. Mereka sentiasa menyokong dan meniup semnagat kepada pemain walaupun menang dan kalah. Sebenarnya mereka ini mempunyai peranan yang besar dalam membangunkan sukan bola sepak negara ini dengan menjadi sebahagian lanskap pembangunan bola sepak Malaysia.

Sepatutnya FAM lebih terbuka dan telus untuk berbincang dan mendengar luahan hati Ultras Malaya bagi pembangunan bola sepak Malaysia.

Aku sentiasa mendengar yang FAM berkata, ikutlah saluran yang betul jika ingin mengkritik tapi aku percaya Ultras Malaya ini mungkin telah mengikut saluran yang betul tapi tiadanya tindakan yang positif yang diambil oleh FAM menyebabkan mereka kecewa dan marah dan menyebabkan mereka melakukan protes terbesar ketika perlawanan menentang Filipina tempohari.

FAM ini aku tengok bukan boleh dikritikpun, kalau tidak takkan lah Timbalan Presiden dia pun dia boleh gantung.

Bagi aku, senang saja untuk menyelesaikan masalah ini. Iaitu:

1. Pihak FAM perlu mengadakan perbincangan dengan wakil daripada pihak Ultras ini bagi menyelesaikan masalah jangka panjang agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang.

2. Pihak FAM perlu melantik wakil daripada ultras ke dalam badan induk itu sebagai suara daripada peminat-peminat bola sepak negara.

Darisudutpandang: Aku bukan ahli mana-mana ultras...tetapi aku sentiasa menyokong mereka selagi tidak menyalahi undang-undang negara. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia...dan itu yang aku sentiasa sokong.

Berjuanglah Ultras Malaya demi Malaysia tanah tumpah darah kita.

Berjuanglah Ultras Malaya demi kemajuan bola sepak Malaysia.

Berjuanglah Ultras Malaya sehingga Presiden FAM sekarang meletakkan jawatan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...