
Atas sifat menjadi isteri muda dan perkahwinan juga tidak dilakukan secara terang-terangan maka anda mungkin terpaksa menempuhi beberapa perkara iaitu:
1. Kesunyian
Perasaan ini akan terpaksa ditempuhi sepanjang hayat selagi suami tidak mengisytiharkan kepada isteri tua yang dia berkahwin lagi satu. Jangan sesekali bermimpi yang suami akan sentiasa di sisi kerana tanggungjawabnya akan lebih kepada isteri tua. Ini bermakna anda terpaksa lebih berdikari tanpa bergantung kepada suami.
2. Nafkah
Ini yang perlu diambil kira kerana jika anda berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada golongan yang senang lebih-lebih lagi jika duit gaji suami dikawal oleh isteri tua. Nafkah anda sebagai isteri mungkin si suami tak mampu tanggung kalau ada anak lagilah bermasalah. Jika perkahwinan tidak didaftarkan di Malaysia lagi lah susah jika berlaku apa2 kepada suami.
3. Berkongsi
Adat orang yang berkahwin dengan suami orang, sudah semestinya anda sanggup berkongsi. Bukan sahaja berkongsi suami tapi berkongsi daripada segi material, emosi, kasih sayang, masa dan sebagainya. Apa yang menjadi masalahnya ialah sebagai manusia sifat ingin memiliki lama-kelamaan akan timbul dan di sinilah akan mulanya terbit rasa marah dan sebagainya.
3 Perkara diatas adalah masalah yang paling utama yang perlu difikirkan oleh wanita yang ingin berkahwin dengan suami orang. Jika anda nekad dan sanggup menempuhinya, teruskan niat anda. Jika tidak ucapkanlah selamat tinggal kepada suami orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan