
Fungsi kod bar pada buah adalah sebagai penentu kepada cara penanaman pokok iaitu secara konversional, organik dan juga pengubahsuaian genetik.
1. Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat.
Buah berkenaan ditanam secara konversional atau tradisional dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayur-sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
2. Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan nombor 8.
Produk atau buah tersebut telah diubah secara genetik (GMO).
3. Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan nombor 9.
Produk atau buah tersebut ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Produk ini lebih selamat untuk dimakan.
Darisudutpandang: Sekadar berkongsi......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan