Selasa, 18 Februari 2014

Jangan telanjangkan makanan ini

Makanan boleh telanjang ke? Biar betul......

Nak tahu lebih lanjut, bacalah selanjutnya......



Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan sebagai 'menelanjangkan' makanan.

Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambatr terbabit sebagai publisiti percuma tetapi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai 'melampau'.

"Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya," kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere. "Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda," katanya lagi.

Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau.

"Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon," katanya. "Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula," katanya.

"Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan 'flash'. Setiap hidangan akan 'menghentikan' segala-galanya atau gambar diambil semula hingga 3 kali.

"Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk."

Giles Goujon, chef di L'Auberge yang dianugerahkan 3 bintang berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya, gambar makanan terbabit 'menghilangkan kejutan' sesetengah hidangan beliau dan 'merampas' sedikit harta intelektual beliau.

Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang 'tidak terlalu pintar' yang hasilnya jarang sekali baik.

"Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami, malah menjengkelkan," katanya.

"Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak merasa marah," katanya. 

Darisudutpandang: Aku tak tahulah nak panggil apa kepada orang yang suka ambil gambar makanan ni dan kemudiannya upload dalam FB dan twitter. Mungkin dia akan merasa puas kot bila orang tahu dia makan apa hari ni......!!! Alahai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...