Bagi menghadapi musim Liga Super Malaysia 2014 yang akan bermula pada 18 Januari ini, pasukan Terengganu dan juga T Team akan mengadakan satu upacara menandatangani kontrak pemain dengan pasukan masing-masing. Acara ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 8 malam, 11 Januari ini.
Kepada para penyokong yang hadir pada acara tersebut akan berpeluang untuk mendapat hadiah yang disediakan sebagai menghargai sokongan yang diberikan selama ini kepada pasukan Terengganu dan T Team. Pada majlis ini juga, pemain Piala Presiden kedua-dua pasukan juga akan hadir untuk menandatangani kontrak dan seterusnya sesi memperkenalkan jersi pasukan Liga Super dan Presiden.
Penaja yang terbabit dengan pasukan juga akan diperkenalkan pada malam itu sebagai menghargai sumbangan yang dihulurkan. Selepas acara menandatangani kontrak bagi kedua-dua pasukan, satu perlawanan persahabatan akan dilangsungkan.
Darisudutpandang: Jadi kepada penyokong-penyokong pasukan kedua-dua pasukan jangan lupa temujanji di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 8 malam, 11 Januari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Ada bermacam-macam nama dan kumpulan K-Pop daripada Korea Selatan ini, namun hanya yang segelintir sahaja yang benar-benar popular dan diken...
-
Apa itu endoscopy? Endoscopy ialah satu prosedur memasukkan kamera ke dalam perut melalui mulut untuk memeriksa bahagian dalam tubuh..aku ag...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan