Kumpulan ini meletakkan risalah yang menyenaraikan tempat letak kereta yang disediakan sebanyak 600 lot pada cermin kenderaan yang diparkir secara haram.
Darisudutpandang: Bagus sungguh idea diorang ni...pedas gila tu slogan yang digunakan, kalau tak faham lagi tu tak tahulah....tapi kalau di Malaysia ni tak guna nama datuk...dia pakai "Ko ingat jalan ni bapak ko punya ker".
Sepatutnya kita dapat menggunakan idea ni di Malaysia dan letak kat cermin kereta yang parking secara haram bagi ajar sikit pemandu yang pentingkan diri ni..sebabnya ramai sangat pemandu Malaysia yang tak tahu membaca dan berfikir dengan betul.
Macam disebuah sekolah tempat anak aku belajar, dah lah jalan tu sempit dan ramai ibu bapa yang nak hantar anak ke sekolah, pastu ada pulak yang parking kereta di bahu jalan semata-mata nak beli nasi lemak yang jual berdekatan dengan sekolah tu. Apa salahnya kalau parking jauh sikit pastu jalan lah kaki ke gerai jual nasi lemak tu.....
Sebenarnya situasi seperti ini banyak berlaku di mana-mana pun selagi kita pentingkan diri sendiri, masalah ini takkan selesai. Jadi berfikirlah dulu sebelum meletakkan kenderaan, jika kita tak mahu dipanggil "ko ingat jalan ni bapak ko punya ke?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan