
Aku ingat lagi pada masa tu bila Malaysia tewas di tangan Singapura, Ultras Malaya berkumpul di depan bas pemain di Stadium Bukit Jalil meminta K. Rajagopal meletakkan jawatan sebagai pengendali pasukan bola sepak Malaysia dan perkara ini juga yang berlaku bila Malaysia tewas di tangan Qatar baru-baru ini.
Bagi pendapat aku, banyak perkara yang menjadi punca kepada kekalahan Malaysia antaranya ialah:
1. Pemilihan Pemain
K. Rajagopal hanya memilih pemain berdasarkan kepada hubungan baiknya tanpa melihat kepada prestasi semasa pemain tersebut. Jika diikutkan masih terdapat pemain yang lebih baik daripada apa yang K. Rajagopal pilih misalnya Nor Farhan, Badri Radhi, Indra Putra, Ashaari Samsudin dan sebagainya. Sepatutnya Safee Sali dah tak ada dalam senarai tersebut kerana di JDT sendiri pun Safee Sali bukan lagi pilihan utama termasuk juga Safiq Rahim.
Jika kita lihat di England, di Sepanyol, di Jerman dan sebagainya, pemain yang bermain untuk mewakili negara mereka datangnya daripada kelab utama di negara tersebut misalnya di England, pemain datangnya daripada Man. Utd, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Manakala di Sepanyol pula kebanyakan pemain yang dipilih datangnya daripada Kelab Barcelona dan juga Real Madrid tetapi di Malaysia kebanyakan pemain dipilih bukannya datang daripada pasukan yang mendominasi saingan liga. Sepatutnya lebih ramai pemain Kelantan, ATM dan juga Pahang yang dipilih untuk mewakili negara.
2. Taktikal
Sejak dulu lagi, aku tengok taktikal yang diserapkan oleh Rajagopal tidak pernah berubah. Cara permainan ketika menyerang masih sama seperti dulu dan ini memudahkan lawan membaca permainan. Mungkin sebab pemain yang sama sejak dulu maka sistem permainan pun sama atau Rajagopal sendiri tak ada idea lain...?
3. Pasukan eksperimen
Ayat 'eksperimen pemain' apabila kalah dalam perlawanan persahabatan sentiasa menjadi alasan Rajagobal. Mungkin juga Rajagopal masih bereksperimen dengan para pemainnya yang menyebabkan Malaysia kalah. Apa yang aku hairannya pemain yang dieksperimen adalah pemain yang sama. Apa hal tu....?
Kita tinggalkan punca-punca kekalahan pasukan Malaysia ni sebab ianya dah berlalupun. Apa yang penting sekarang adalah persedian untuk perlawanan terakhir yang akan datang menentang Yaman dengan jaringan gol yang banyak.
Agak-agaknya mampu tak kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan