Ikuti pengakuan beliau:
"Saya tidak menolak jika seandainya Johan As'ari adalah jodoh saya. Saya bersyukur kalau ditakdirkan Johan menjadi jodoh saya kerana saya tidak perlu melalui peringkat berkenalan. Saya sudah kenal Johan sejak 3 tahun yang lalu dan semakin rapat sejak itu," kata Shila Amzah.
Tambah Shila lagi, dia berasa tenang berkawan dengan Johan, malah keluarga kedua-dua pihak turut merestui hubungan mereka.
"Johan lelaki yang menghormati saya dan keluarga selain sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya saya. Kami juga saling berterus terang dan sebenarnya kedua-dua ibu sudah lama berkenalan," katanya.
Sebelum ini Johan telah memberitahu kepada umum bahawa hasrat beliau ingin melamar seorang selebriti namun tidak menyatakan siapa selebriti tersebut.
Darisudutpandang: Apa lagi yang tunggu tu Johan? Masuk lah meminang......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan