Sabtu, 16 Mac 2013

Eina Azman ditawar menjadi perempuan simpanan

Eina, dari, sudut, pandang, seks, curang, jadi, kereta, beli, isteri, Datuk
Siapa Eina Azman ini? Tak pernah dengarpun nama dia selama ini. Lagipun mungkin terlalu ramai pelakon baru yang menyebabkan aku langsung tak tahu siapa dia ini.

So, kalau ada saper yang tak tahu macam aku ini, sebenarnya Eina Azman adalah pelakon yang memegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan berlakon dalam filem Ratu. Nama sebenar pelakon ini adalah Ainur Syakina Azman dan baru berusia 18 tahun.

Menurut Eina, seorang ahli perniagaan yang berpangkat Datuk telah berhasrat untuk menjadikannya perempuan simpanan selama 3 tahun dan sanggup memberikan apa saja yang dia mahu. Datuk tersebut telah melahirkan hasrat hatinya kepada Eina apabila mereka berjumpa di sebuah hotel baru-baru ini. Selain daripada itu, menurut Eina, Datuk tersebut juga sempat melakukan gangguan seksual ke atasnya.

Eina mengatakan yang tujuan asalnya dia berjumpa dengan Datuk tersebut adalah untuk berbincang  bagi menyelesaikan masalah kereta Mercedes Benz yang dia beli di syarikat Datuk tersebut yang menghadapi masalah lampu hadapan.

Menurutnya lagi, harga kereta tersebut berharga lebih RM220,000.00 dan dia telah membayar sebanyak RM175,000.00 termasuk menjelaskan duti cukai.

Selain daripada lampu hadapan yang rosak, nombor pendaftaran keretanya juga didapati belum didaftarkan oleh syarikat Datuk tersebut.

Oleh kerana itu, beliau bersama ibunya telah membuat laporan polis kerana berasa di tipu oleh ahli perniagaan tersebut.

P/S: Pergh....banyak betul duit dia ini sampai boleh bayar kereta sebanyak RM175,000.00 Patutlah  ramai remaja yang berlumba-lumba nak jadi artis sebab boleh dapat duit banyak. Itu baru berlakon sikit, kalau dah banyak berlakon  camner yea??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...