Jumaat, 20 September 2013

Lintah gergasi muncul di Sungai Siput

Pada zaman yang menuju ke pengakhirannya ini, ,semakin banyak haiwan yang ganjil muncul dan ada sesetengahnya tak pernah kita nampak.  Begitulah yang berlaku di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput ini.

Cerita lebih pun tak guna, korang tengoklah gambar dan cerita selanjutnya :

dari sudut pandang, lintah gergasi, ular air, ular karung guni, ular air
Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian bertempiaran lari menyelamatkan diri sejurus terserempak dengan haiwan aneh seperti ' lintah gergasi ', pagi semalam.

Haiwan yang bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan sepanjang hampir 2 meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10 : 15 pagi.

Menurutnya, dia menghubungi Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM ) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

" Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak. "

" Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu ", katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM, Leftenan A Balasubramaniam berkata, 3 anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

" Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu. "

" Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air yang dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar, " katanya.

Darisudutpandang: kalau aku tengokpun terkejut. Korang pernah tengok ke haiwan ni sebelum ni?

Suami merakam adegan seks isteri dengan anjing

Apa punya suami dah....yang sanggup lihat isterinya lakukan seks dengan anjing. Suami yang macam ni lah yang kena makan pil viagra supaya dapat puaskan isterinya, bukannya anjing.

dari sudut pandang,seks dengan anjing, rakam video, isteri, suamiNasib baiklah yang lakukan ini bukan berlaku di Malaysia. Cakap lebih pun tak guna, korang bacalah peristiwa yang berlaku di Carolina, Amerika Syarikat:

Seorang wanita dituduh mengadakan seks dengan anjing sementara suaminya, anggota tentera di Fort Bragg merakam adegan itu dan seterusnya memuatnaik rakaman itu di internet.

Rakaman video itu menunjukkan wanita itu melakukan seks dengan anjing sama seperti yang anda boleh bayangkan dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang wanita.

Ruben Chance James Fox dan isterinya, Amber Nicole Fox, masing-masing 23 telah dihadapkan ke mahkamah selepas ditangkap isnin lalu.

Mereka berdepan dengan tuduhan melakukan seks dengan haiwan dan bersekongkol untuk mengedarkan bahan lucah.

Amber juga berdepan dengan tuduhan tambahan iaitu melakukan jenayah yang bertentangan dengan tabiat semula jadi manusia.

Kumpulan Humane Society mendedahkan perbuatan suami isteri itu kepada unit jenayah siber Jabatan Polis Fairfax County di Virginia yang kemudian menghubungi pihak berkuasa Raeford selepas alamat IP komputer itu mengaitkan pasangan suami isteri berkenaan dengan video terbabit.

Darisudutpandang:  Orang yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan seks dengan binatang dikenali dengan "Bestialitas" atau "Zoophilia".

Pengantin baru ghairah seks

Apalah erti perkahwinan kalau tanpa seks, tapi bersabarlah jangan terlalu ghairah. Kalau gelojoh dan ghairah sangat jadilah seperti pengantin baru ini.
Nak tahu lebih lanjut, tolong baca seterusnya:

dari sudut pandang, mati pucuk, viagra, pil, tegang, seks, telan, belasah iateri, pengantin, kahwin, malam pertamaSeorang pemuda berusia 25 tahun yang baru sahaja diijab kabulkan telah mati pada malam pertama perkahwinannya.

Lelaki itu yang namanya tidak disiarkan menanti semua tetamu meninggalkan dewan majlis sebelum bergegas ke rumah baru bersama-sama pengantin perempuan.

Akibat terlalu ghairah untuk merasai malam pertama bersama isterinya, dia telah menelan 5 biji pil viagra sekali gus.

Lelaki itu tiba-tiba berpeluh dan merasakan jantungnya berdegup kencang sebelum pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, usaha doktor untuk menyelamatkannya gagal.

Darisudutpandang: Peristiwa ini berlaku di Yaman, walau dimana sekalipun peristiwa ini berlaku, aku harap ianya dapat dijadikan iktibar oleh setiap lelaki. Janganlah semata-mata untuk menjadi gagah dan kuat, nyawa menjadi taruhannya. 

Rabu, 18 September 2013

Hinanya melayu di negaranya sendiri

Tak kisahlah korang nak kata apa, tapi artikel aku kali ini nak sentuh pasal bangsa aku sendiri iaitu melayu. Dulu sebelum nama Malaysia, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu kemudian ditukar ke Malaya kemudian ditukar lagi ke nama Malaysia selepas kemasukan Sabah dan Sarawak.

dari, sudut, pandang, hina, melayu, cina, india, Malaysia, hak keistimewaan, negaraku, kaum, umnoKenapa nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar tak tahulah aku......kan lebih elok nama itu dikekalkan sehingga sekarang. Mungkin sebab bantahan daripada bangsa lain kot.

Siapa kata melayu jadi tuan di Malaysia ini?? Dulu mungkin la semasa awal kedatangan kaum cina dan kaum india tapi bukan zaman sekarang. Sekarang ini kaum cina lah menjadi tuan di Malaysia ini, sebabnya mereka lah yang memegang ekonomi di Malaysia ini dan secara tak langsung ramai kaum melayu yang bekerja di syarikat-syarikat kepunyaan kaum cina. Jadi cinalah yang menjadi tuan sekarang ini di bumi tanah melayu.

Betullah yang orang kata yang melayu ini hanya tinggal kuasa dan kuasa yang tinggal itupun semakin terhakis. Apa agaknya yang jadi jika orang melayu telah kehilangan kuasa itu? Agak-agaknya jadi macam orang melayu Singapura kot.

Apakah kita nak salahkan penjajah Inggeris kerana telah meletakkan orang-orang melayu di kampung-kampung, manakala orang-orang cina diletakkan di bandar-bandar menjadi punca kemiskinan dan ketinggalan orang-orang melayu.?

Sebenarnya bagi aku yang perlu disalahkan adalah pemimpin-pemimpin melayu yang menerajui Parti Umno yang menjadi punca kepada ketinggalan dan kemiskinan orang melayu. Kenapa aku katakan begitu? Ini kerana dasar parti Umno yang kononnya berjuang untuk orang melayu sebenarnya adalah pembelot kepada bangsanya sendiri.

Kalau kita lihat sekarang ini, berapa banyak tanah rezab melayu lagi yang tinggal.? Tanah-tanah ini pada dasarnya hanya boleh dimiliki oleh orang melayu sahaja tapi apa yang berlaku adalah orang cina melantik orang melayu di dalam syarikat sebagai pengarah untuk dibolehkan membeli tanah tersebut. Jadinya tanah yang pada dasarnya untuk orang melayu telah jatuh ke tangan orang cina.

Pemimpin melayu Umno juga telah menaikkan ramai orang cina sehingga menjadi jutawan dengan memberi mereka projek-projek kerajaan dengan meminggirkan orang-orang melayu. Bermula dengan memberi mereka permit gula, sebuah bukit, tanah-tanah kerajaan dan sebagainya kemudian berkembang sehingga mereka menjadi billioner.

Aku pernah bercakap dengan seorang pemimpin Umno di Selangor tentang kenapa banyak projek kerajaan diberikan kepada orang cina dan korang tahu apa yang dijawabnya; dia mengatakan yang orang cina banyak duit, senang dibawa berunding, ada kepakaran dan sebagainya, tapi bagi aku jika setiap mentaliti pemimpin Umno seperti ini sampai bilapun orang melayu takkan maju kerana setiap projek diberi kepada orang cina.

Apa yang orang melayu harapkan adalah peluang diberikan juga kepada mereka dan sepatutnya pemimpin Umno yang menerajui kerajaan perlu melahirkan lebih ramai orang melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Amat menyedihkan kerana setelah 56 tahun memerintah Malaysia ini hanya seorang melayu sahaja yang dapat dilahirkan oleh Umno dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

Nak kita salahkan 100 peratus kepada pemimpin Umno tak boleh juga kerana kerajaan juga telah menyediakan berbagai dana untuk membolehkan orang melayu berniaga misalnya pinjaman Mara, Tekun dan sebagainya. Selain itu kerajaan juga memperuntukkan dana kepada Industri kecil dan sederhana (IKS), yang rata-ratanya orang melayu. Tapi sedar tak kita, agaknya apa yang boleh dibuat dengan modal pinjaman yang maksimumnya sebanyak rm50 ribu itu? (itupun jika layak rm50 ribu, kalau dapat rm10 ribu??)

Berkenaan dengan IKS pula, barangan yang dikeluarkan oleh para pengusaha melayu ini pula mendapat kekangan dari segi pasaran kerana pasaraya besar telah dikuasai oleh orang cina dan nasibnya barangan yang dikeluarkan oleh para usahawan melayu ini akhirnya dipinggirkan.

Itu dari segi ekonomi dari segi politik pula hak-hak keistimewaan orang melayu pula dipertikaikan. Misalnya potongan 7 peratus pembelian rumah, tanah rezab melayu, Sultan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebagainya. Orang-orang selain melayu ini mempertikaikan kerana mereka beranggapan yang mereka juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi hak orang melayu semuanya mereka nak rebut....alangkah malangnya menjadi orang melayu jika hak-hak keistimewaan ini suatu hari nanti telah terlucut. Mungkinkah mereka terlalu menjiwai slogan 1Malaysia?

Aku tidak bersikap rasis tetapi realitinya adalah begitu,...dan begitulah nasib orang melayu menjadi hina di tanah airnya sendiri.






Khamis, 12 September 2013

Memakai tudung: fesyen atau tuntutan agama

Aku hairan lah tengok sesetengah wanita Islam di Malaysia ni, selamba ajer tak pakai tudung, kalau yang pakai pulak tu, langsung tak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Jika wanita Islam di Perancis, Jerman dan banyak lagi di negara Eropah sanggup disaman semata-mata ingin menegakkan syariat Islam tapi berbeza dengan wanita Islam di Malaysia ni.

Semalam ketika aku berjalan-jalan di KLCC, aku lihat kebanyakan wanita Islam sekarang ni memakai tudung hanya mengikut fesyen dan bukannya mengikut syariat Islam kerana kalau mengikut syariat, tudung tersebut harus labuh dan menutup dada. Tapi kebanyakan wanita Islam yang aku lihat semalam, memakai tudung yang singkat dan menampakkan dada.

Ada juga yang aku lihat wanita Islam yang mengikut syariat dalam pemakaian tudung tapi ianya tidak seramai mana. Maklumlah sekarang ni macam-macam jenis tudung dan jenama yang terdapat di pasaran dari tudung 'Hajaba' sehinggalah ke tudung 'Najwa Latif'.

Lagi satu yang aku rasa boleh merendahkan maruah Islam ialah berkenan dengan mamakai tudung tapi memakai baju yang singkat dan ketat, bila duduk nampak punggung dan kadang-kadang sampai nampak seluar dalamnya. Bab yang gunung dua biji kat atas tu jangan ceritalah macam tertonjol ajer nak keluar.

Ada juga sesetengah perempuan amat ayu bertudung dan memakai baju kurung (ini perempuan yang bekerja di sektor awam) tetapi sayangnya tidak memakai kain dalam. Entahlah ini mungkin trend terkini; hingga ternampak bayang-bayang kaki hingga ke atas dek sinaran matahari.

Cerita lebih pun tak guna, korang lihatlah gambar-gambar ini dan nilai lah sendiri:


dari sudut pandang, baju ketat, tudung, fesyen, tuntutan agama, syariat islam, aurat, buah dada, besar










fitnah taiping mali









Rabu, 11 September 2013

10 sebab mengapa sebahagian rakyat Malaysia tak suka Barisan Nasional

Aku tertanya-tanya juga kenapa sekarang ini begitu ramai rakyat Malaysia tak suka kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO. Jika dulu, orang tak suka juga tapi tak macam sekarang ini di mana-mana kita boleh dengar dan lihat betapa begitu ramai rakyat yang tidak suka kepada BN.

dari, sdut, pandang, umno, pakatan rakyat, barisan nasional, tolak, Pru-14, tak suka, rasuah, sebab, 10Walaupun Barisan Nasional masih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, namun kita dapat melihat populariti undi kepada BN telah mula menurun itupun bernasib baik kerana ramai pengundi melayu yang kembali kepada parti Umno tidak seperti PRU-12 yang dulu.

Aku merumuskan terdapat 10 sebab mengapa rakyat Malaysia telah menolak kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN):

Ada antara sebab tersebut adalah persepsi rakyat terhadap pimpinan BN namun ianya dapat menimbulkan rasa kepercayaan dan kesangsian terhadap kerajaan. 

10 sebab itu ialah:

1. Rasa marah dan benci kepada pemimpin BN kerana hidup dalam kemewahan sedangkan masih ada rakyat yang hidup dalam kemiskinan.

2. Menyalahgunakan kuasa dan merampas kekayaan negara untuk 'mengkayakan' diri, keluarga, saudara mara dan kroni-kroni.


3. Salah tadbir urus negara kerana terlalu lama memerintah Malaysia.


4. Membuat keputusan yang dangkal tanpa mengira pandangan dan kesusahan rakyat misalnya tentang kenaikan harga minyak.


5. Masalah rasuah yang tidak boleh diatasi bahkan semakin menjadi barah.


6. Hilangnya rasa percaya kepada sistem pentadbiran dan penyampaian kerajaan.


7. Dikriminasi dan penindasan terhadap para kakitangan kerajaan yang tidak sebulu, dengan menukarkan mereka bertugas di tempat lain. (Ini lari dari prinsip demokrasi)


8. Hak-hak kesamarataan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang dinafikan oleh kerajaan BN.


9. Menolak hukum islam (hudud) di laksanakan atas alasan yang dangkal.


10. Menyalahgunakan agensi-agensi kerajaan seperti SPR, Polis, mahkamah dan sebagainya bagi kepentingan peribadi para pemimpin Barisan Nasional khususnya Umno.


Darisudutpandang: sudah 56 tahun BN memerintah Malaysia ini dan tidak sedikit jasa yang telah diberikan untuk memakmurkan Malaysia yang tercinta ini. Namun apa yang aku nampak jasa yang diberikan itu semakin tidak dihargai oleh rakyat kerana rakyat beranggapan itu adalah tanggungjawab setiap pemerintah.

Jika pembangkang (Pakatan Rakyat, (PR)) dapat memerintah Malaysia, mereka juga melakukan perkara yang sama dengan BN atau lebih baik sepertimana yang mereka tunjukkan dalam mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan (Kedah juga).

Sebab-sebab diataslah menjadi punca mengapa BN semakin tidak relevan dengan rakyat Malaysia dan dijangkakan jika BN khususnya Umno tidak melakukan sesuatu pada PRU-14 nanti mungkin Pakatan Rakyat dapat mengambilalih untuk memerintah Malaysia.

Umno, parti yang menjadi teras dalam Barisan Nasional akan melakukan Pemilihan Agungnya pada bulan November ini dan inilah masanya para ahli Umno untuk melakukan perubahan secara drastik terhadap pucuk pimpinan yang dilihat gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Perubahan ini perlu dilakukan bukan sahaja untuk menghadapi PRU-14 tetapi yang lebih penting adalah dapat merebut kembali kepercayaan rakyat terhadap parti terbesar orang melayu ini. 

Ahad, 8 September 2013

Adakah cinta perlu melakukan seks tanpa nikah?

Maaf artikel aku kali ini menyentuh pasal seks....tapi tolong baca dulu sampai habis sebelum membuat tanggapan yang bukan-bukan.

dari, sudut, pandang, seks, sebelum, nikah, perempuan, dirogol, lelaki, facebook, seronokAku sebenarnya amat hairan dengan sikap perempuan yang baru kenal lelaki dalam facebook tapi dah boleh diajak keluar secara berdua...berani sungguh tu....berani mati. Padahal dia tak tahu lagi dengan siapa yang dia jumpa....Kemudian bila kena rogol barulah menyesal tak sudah.  Manakala sesetengah perempuan tak perlu dirogol pun, minta aje dia orang akan kasi dengan rela hati sebab takut nanti teman lelaki dah tak sayang lagi...hehehe singkatnya lah perempuan yang berfikiran macam ni.

Kenapa perempuan boleh terjebak dengan seks tanpa nikah? Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku. Iaitu sejak zaman batu lagi. Ketika itu perempuan hanya dianggap sebagai simbol seks dan sebagai pemuas nafsu seks lelaki sahaja. Ketika itu perasaan perempuan diranjang juga tidak pernah diambil kira, yang perlu tahu hanya baring dan mengangkang sahaja dan selebihnya hanya menunggu reaksi si lelaki . Hati dan perasaan perempuan langsung tidak dihiraukan..... 

Sekarang ini dek kerana peredaran masa dan mungkin juga lelaki kini lebih berilmu dalam hal-hal hubungan intim, maka citarasa perempuan juga diambil kira dalam melakukan hubungan seks dan ini akan menjadikan lelaki dan perempuan akan sama-sama menikmatinya.

Memanglah seks itu sesuatu yang menyeronokkan tapi mestilah dalam ikatan yang sah iaitu melalui pernikahan. Allah menciptakan nafsu tetapi Allah juga menciptakan akal untuk berfikir baik dan buruk tetapi kenapa nafsu juga yang diikutkan. Tak perlulah kita mempersoalkan taraf ketinggian ilmu seseorang kerana orang yang berilmu tinggi dan ada yang mahir dalam agamapun terbabas juga dalam mengikut nafsu ini.

Dalam mana-mana agama; islam, kristian, hindu, buddha dan sebagainya melarang hubungan seks sebelum nikah sebab itu dalam setiap agama adanya ikatan perkahwinan. Budaya seks sebelum nikah ini telah merebak daripada Eropah ke Asia tanpa mengira bangsa apa, Jepun, Cina, India, Arab sehinggalah melayu.

Kini anak-anak perempuan melayu bermula umur 13 tahun telah pandai melakukan seks tanpa perlu bernikah dahulu. Mereka tidak lagi menghiraukan satu benda yang perlu mereka pelihara untuk dipersembahkan kepada suami mereka iaitu "dara".

Usahlah disalahkan berkenaan dengan 'langit terbuka' atau filem-filem porno yang menjadi penyebab ramai masyarakat kita kehilangan dara sebelum nikah sebab dulupun tanpa internet dan filem porno masalah ini berlaku juga. Walaupun dulu tidaklah seteruk hari ini.

Dalam masalah melakukan seks tanpa nikah ni, adakah perempuan sahaja yang perlu dipersalahkan? Kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Lelaki juga perlu dipersalahkan dalam perkara ini tapi biasalah lelaki, masyarakat takkan salahkan mereka dalam bab-bab yang seperti ini.

Kata orang: "lelaki mempunyai 1 nafsu dan nafsu lelaki ini untuk seks sahaja manakala bagi perempuan pula mereka mempunyai 9 nafsu dan nafsu seks hanya sebahagian daripada itu". 

Ada orang kata lagi: "lelaki menggunakan cinta untuk mendapatkan seks manakala perempuan menggunakan seks untuk mendapatkan cinta".

Perempuan perlu tahu yang lelaki ini boleh diibaratkan sebagai  Harimau, kita dah tahu yang harimau tu, haiwan yang makan daging jadi janganlah nak dekat dengan dia walau jinak macamana pun sebab satu hari nanti kalau ada peluang dia akan 'ngap' kita nanti. Macam tu lah juga dengan lelaki. Sebab tu dalam islam dah melarang perempuan dan lelaki yang bukan muhrim duduk berdua-duaan sebab nak mengelakkan perempuan jadi lauk si lelaki ini lah.

Bagi perempuan yang dengan senang hatinya melucutkan pakaian dan seterusnya mengangkang untuk santapan teman lelaki mereka disebabkan cinta, ubahlah kemurahan hati anda tu. Jangan ingat bila setiap kali teman lelaki hendakkan seks dan anda memberinya akan menambahkan rasa cinta si lelaki itu terhadap anda. Tanggapan itu adalah salah, itu bukan tandanya lelaki tu sayang dan cinta terhadap anda tetapi hanya dijadikan tempat untuk si lelaki ini melepaskan nafsunya sahaja. Jika benar lelaki itu cintakan anda, pasti dia tidak akan terburu-buru untuk menghancurkan hidup anda dengan meminta seks tanpa nikah.

Jadi perempuan amat lah payah bila dah terlanjur, lebih-lebih lagi jika ada benih yang semakin membesar di dalam rahim. Pada masa tu, semua sanggup dilakukan semata-mata untuk mengelak rasa malu. Anak yang dikandung kalau boleh nak digugurkan saja...kalau tak dapat, tunggu sehingga anak dilahirkan kemudian dicampak ke dalam tong sampah, di tepi sungai atau buang saja di surau atau di mana sahaja. Ketika itu nak mengharapkan lelaki yang sama-sama merasa nikmatnya melakukan seks untuk bertanggungjawab pasti akan jauh sekali. Mereka lah yang paling awal mengucapkan selamat tinggal selepas mengetahui perempuan yang dinodainya mengandung.

Jadi ingatlah wahai perempuan yang sedang dilamun cinta atau ada yang baru berjinak-jinak dengan cinta ini. Pelajarilah ilmu untuk membezakan kata-kata manis lelaki..manis yang berpanjangan atau manis di bibir sahaja. Salah penafsiran menyesal nanti...jika terlajak perahu boleh diundur tapi jika terlajak perbuatan menyesal nanti.

Pelajarilah untuk berkata TIDAK kepada lelaki yang mengajak melakukan seks, mengajak anda untuk pergi ke rumahnya atau mengajak anda untuk keluar berdua-duaan di dalam kereta atau ditempat gelap. Biarlah putus cinta daripada hilang DARA kerana bila dara hilang ianya akan kekal begitu selamanya berbanding dengan kehilangan lelaki kerana Insya Allah ada lelaki lain yang akan mencintaimu dengan ikhlas hati yang akan menanti saat diijabkabulkan untuk merasa manisnya seks selepas nikah.







10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...