Rabu, 10 April 2013

PRU-13: SPR mengumumkan tarikh mengundi

Segala teka-teki telah berjawab apabila, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat pukul 12:15 tadi telah mengumumkan tarikh penamaan calon, tarikh pengundian awal dan juga tarikh mengundi.

SPR yang bermesyuarat sejak pukul 9:30 pagi dan selesai pada pukul 12:00 telah menetapkan:

Tarikh penamaan calon: 20hb April 2013 (hari Sabtu)

Tarikh pengundian awal : 30hb April 2013 (hari Selasa)

Tarikh mengundi : 05hb Mei 2013 (hari Ahad)

ini bermakna dari tarikh pembubaran Parlimen pada 03hb April 2013 sehingga ke hari penamaan calon ialah 18 hari, manakala bagi pengundian awal buat tentera dan polis serta pasangannya mempunyai 11hari selepas penamaan calon.

Untuk berkempen pula, para calon mempunyai masa sehingga 14hari untuk berkempen, tidak memenuhi apa yang diminta oleh BERSIH iaitu 21 hari berkempen.

Walau bagaimanapun, tempoh berkempen kali ini lebih panjang berbanding dengan PRU-12 dulu iaitu 11hari.


PRU-13: Siaran 10 minit untuk pembangkang di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperuntukkan 10 minit untuk pembangkang mengemukakan manifesto sempena Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

PRU-13, pilihan raya, RTM, siaran, pembangkang, kerajaan, dari, sudut, pandangMenurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia(KPKKM), Datuk Seri Rais Yatim, tempoh 10 minit itu muktamad bagi semua parti pembangkang menghuraikan segala aku janji mereka sepanjang tempoh berkempen.

Selain di RTM, 10 minit juga diperuntukkan di 32 stesen radio dibawah KPKKM untuk siaran tersebut.

 Aku tak berapa pasti, mengapa menteri masih berkuasa dalam menentukan hala tuju kementerian selepas Parlimen dibubarkan. Sepatutnya perkara yang melibatkan kempen untuk Pilihan Raya perlu dilakukan secara adil dan terletak dibawah SPR sepenuhnya. Jika sebelum ini pelancaran manifesto BN telah disiarkan selama 2 jam kenapa RTM tidak dapat memberi slot yang sama kepada pembangkang?

Aku tidak menyokong mana-mana pihak tetapi ternampak berlakunya ketidakadilan dalam perkara ini. Sepatutnya setiap parti mendapat layanan yang sama rata sebabnya sekarang ini, Malaysia hanya diperintah oleh kerajaan sementara sahaja selepas Parlimen dibubarkan.

Ketika ini, aku teringat tentang cabaran Datuk Seri Anwar kepada Datuk Seri Najib untuk berdebat tetapi tidak dilayan oleh Datuk Seri Najib. Jika debat ini berlaku, amat mudah para pengundi membuat keputusan untuk memilih mana yang lebih baik untuk menjadi Perdana Menteri.

P/S: Aku bersimpati.......


Selasa, 9 April 2013

PRU-13: Senarai awal calon PAS di Parlimen part 1

Parti Islam SeMalaysia atau PAS telah mengumumkan nama-nama besar bagi bertanding bagi merebut kerusi pada pilihan raya ke-13 (PRU-13).

Mereka ialah:

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahan kerusi Parlimen Marang yang dimenangi  oleh beliau pada PRU-12.

calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang mengantikan Mohd Hayati Othman yang juga dari PAS.

calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Paduka Husam Musa akan bertanding di Parlimen Putrajaya, yang kini disandang oleh Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Mahfuz Omar akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena yang telah dimenangi beliau pada PRU-12.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Salahuddin Ayub akan bertanding di Parlimen Pulai dan kemungkinan besar akan melawan penyandang kerusi dari BN iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu
mengantikan penyandang kerusi iaitu Mohd Abdul Wahid Endut juga dari PAS.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Datuk Fauzi Shaari yang juga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan bertanding di Parlimen Larut, penyandang kerusi adalah dari BN iaitu Hamzah Zainudin.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin akan bertanding di Parlimen Jempol, penyandang kerusi ialah dari BN iaitu Datuk Lilah Yassin.


calon, pilihan raya, PRU-13, parlimen


PRU-13: Ingatan buat rakyat Malaysia

Sempena musim pilihan raya ini, aku harapkan semua rakyat Malaysia, tidak kiralah para penyokong parti kerajaan atau parti pembangkang, calon-calon yang bertanding, para bloggers serta suami dan isteri juga. Jangan disebabkan musim pilihan raya ini kita berpecah belah, lebih-lebih lagi buat suami isteri, janganlah hingga bercerai berai pulak kerana berbeza parti politik.

Buat calon-calon yang berkempen, aku harapkan berkempenlah dengan bijaksana, janganlah menyentuh hal-hal peribadi calon lebih-lebih lagi cerita dalam kelambu. Sebabnya kita hanya ada satu negara iaitu Malaysia. Sekarang ini macam-macam cerita yang dikeluarkan semata-mata untuk mengaibkan individu tertentu.

Oleh itu, hayatilah kata-kata dibawah ini:

pilihan raya, PRU-13, buat, rakyat, Malaysia, calon, berkempen

P/S: Aku bukan sesiapa tapi aku inginkan Malaysia yang aman, bermuafakat dan bersatu walau berlainan kaum.

Sabtu, 6 April 2013

PRU13: Shabery Cheek bertanding DUN untuk jawatan MB Terengganu

Belum apa-apa lagi, dah ada calon untuk jawatan Menteri Besar Terengganu? Barisan Nasional confirm menang ker? Penamaan calonpun belum lagi....tapi itulah desas-desus yang aku dengar yang semakin bertiup kencang di Terengganu.

Khabarnya, pemegang jawatan sekarang iaitu DS Ahmad Said terlalu banyak isu peribadi yang melanda dirinya selain krisis dengan pihak istana menyebabkan beliau bakal disingkirkan daripada bertanding.



Selain DS Shabery Cheek, nama Kazan Che Mat dan juga Yahya Khatib juga disebut-sebut akan memegang jawatan Menteri Besar Terengganu selepas ini. Antara ketiga-tiga nama ini Kazan dikatakan berada di nombor ketiga kerana beliau dikatakan 'orang' DS Idris. Walaupun latar belakangnya dalam bidang agama sepatutnya menjadi kelebihan buat beliau. Sepertimana yang kita maklum, DS Idris telah disingkirkan oleh Istana dari jawatan MB sebelum ini.

Sementara itu, Yahya Khatib dan juga DS Shabery Cheek menjadi pilihan kerana imej bersih yang dibawa oleh mereka. Cuma kelebihan DS Shabery Cheek adalah terletak kepada pengalaman dan kerja kuat beliau di Kementerian Belia dan Sukan. Selain imej low profile dan hubungan baik beliau dengan Istana dikatakan antara yang menjadi kelebihan.

Perihal jawatan Menteri Besar pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi dinafikan oleh DS Shabery Cheek yang beliau akan mengisi jawatan tersebut, tetapi memandangkan kepada situasi terkini yang berlaku di Terengganu spekulasi ini kemungkinannya adalah benar. Jika ini berlaku bermakna apa yang dikatakan sebagai kejutan besar oleh DS Najib adalah benar terjadi.

Dikhabarkan juga, DS Shabery Cheek akan bertanding di DUN Kemasik (N29) yang seterusnya menyingkirkan Ir. Rosli yang telahpun ditolak oleh kebanyakan pengundi di Kemasik.

Walau apapun desas-desus yang timbul di Terengganu, ianya tetap tidak pasti sehinggalah nama calon diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, iaitu DS Najib. Sehingga itu spekulasi ini tetap akan bertiup kencang di Terengganu berkenaan jawatan MB ini.

P/S: Dalam politik.... tiada kawan yang selamanya menjadi kawan dan tiada musuh yang akan menjadi musuh selamanya.


Khamis, 4 April 2013

PRU-13: 27 April 2013 Tarikh mengundi

Selepas pengumuman pembubaran Parlimen pada 3 April 2013 oleh DSNajib, kini menunggu pula tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya pada 10 April 2013 ini.

pilihan raya, mengundi, bubar, spr, Suruhanjaya Pilihan Raya, tarikh, penamaaan, calon,Tarikh 'panas' yang dijangka ialah pada 13 April ini ialah untuk penamaan calon manakala untuk tarikh membuang undi pula dijangka pada 27 April 2013.

Ini kerana berdasarkan kepada rekod sebelum ini iaitu pada PRU-11 dan PRU-12 menunjukkan SPR menetapkan hari penamaan calon kurang dua minggu selepas tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi juga kurang dua minggu selepas tempoh berkempen.




Rabu, 3 April 2013

PRU-13: Akhirnya Parlimen bubar

Setelah lama berteka-teki, akhirnya Parlimen dibubarkan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (DSNR) setelah mendapat perkenan oleh YDAgong.

DS Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada pukul 11:30 pagi tadi setelah berakhirnya mesyuarat kabinet.

Pengumuman tersebut, akhirnya telah menamatkan segala teka-teki selama ini tentang tarikh pembubaran Parlimen.

Dedas-desus yang mengatakan DSNajib akan membiarkan Parlimen terbubar sendiri pada 28 April ini akhirnya meleset.

Pengumuman pembubaran Parlimen pada hari ini juga bermakna genaplah 4 tahun, DSNajib menjadi Perdana Menteri selepas mengambil alih jawatan dari Tun Abdullah Badawi.

Sekarang kita tunggu sahaja pengumuman daripada SPR, tarikh penamaan calon dan tarikh membuang undi.....tunggu.

P/S: Masa untuk rakyat berkuasa.............adakah perubahan akan tercipta atau mahu mengekalkan yang sedia ada....???

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...