Sabtu, 18 Julai 2015

Letak jawatan: Najib lebih pintar dari Pak Lah

Tun Mahathir mungkin semakin kecewa dengan Najib kerana sehingga kini tidak ada petanda yang Najib akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Bahkan jika dilihat kini Najib seakan-akan semakin mengukuhkan lagi jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Umum telah mengetahui betapa teruknya pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri; dari hutang negara yang semakin bertambah, pengenalan cukai GST yang dilihat semakin membebankan rakyat, penghapusan akta ISA yang boleh memberi ancaman kepada negara, memperkenalkan BRIM yang langsung tidak membantu rakyat yang susah sekadar gula-gula pilihanraya, hutang 1MDB sebanyak RM42 Billion dan yang terbaru adalah dakwaan daripada ASWJ berhubung duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Adakah ini akan menyebabkan Najib akan meletakkan jawatan? Jawapannya mungkin tidak.

Tun Mahathir menganggap yang Najib akan turun dari jawatan Perdana Menteri sepertimana Pak Lah yang turun dari jawatan Perdana Menteri akibat serangan-serangan yang dilakukan oleh beliau. Apa yang Tun Mahathir lupa, anak kepada Tun Razak ini telahpun belajar daripada apa yang berlaku kepada Pak Lah dahulu. Ini bermakna Najib lebih pandai daripada Pak Lah bagi mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Antara kepandaian Najib iaitu:

1) Bagi mengekalkan jawatannya, beliau perlu mendapat kepercayaan daripada barisan kabinetnya. Oleh itu beliau telah membuat satu cabaran kepada mereka untuk meletakkan jawatan sebagai menteri dan juga timbalan menteri jika tidak mahu bersama beliau dalam mengharungi tempoh yang getir ini akibat kesilapan beliau sendiri.

Najib tahu yang menteri-menteri ini sudah pastinya tidak akan meletakkan jawatan kerana jika mereka meletakkan jawatan bermakna karier politik mereka akan terkubur selepas ini contohnya Safie Afdal dilihat tidak sealiran dengan Najib dalam isu 1MDB tapi beliau tidakpun meletakkan jawatan sebagai protes. Mungkin jika Muhyidin ada ketika cabaran itu dibuat pastinya beliaupun tak akan meletakkan jawatan. Keenganan mereka untuk meletakkan jawatan bermakna mereka masih survive dalam arena politik yang tiada ketentuan.

2) Najib menyedari salah satu penyebab yang akan menyebabkan beliau turun dari jawatan sekarang adalah pemilihan Agong Umno pada tahun hadapan. Sepertimana yang berlaku pada Pak Lah dahulu. Oleh itu secara cepat beliau memanggil meyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk menunda pemilihan Agong kepada 18 bulan lagi bermula pada 2016. Ini bermakna selepas PRU14 barulah pemilihan Agong dibuat iaitu selewatnya 2018.

Dalam tempoh ini beliau percaya dapat menambat kembali kepercayaan yang semakin hilang daripada akar umbi dan ketua-ketua bahagian Umno akibat kesilapan pentadbirannya.

3) Pindaan perlembagaan Umno yang menyaksikan seramai 146,500 anggota akar umbi yang boleh memilih pemimpin menggantikan 2500 pewakilan sebelum ini menjadikan amat sukar suatu komplot untuk menjatuhkan Najib dilakukan.

4) Ada yang mengatakan peluang terakhir untuk menjatuhkan Najib adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen. Adakah ianya boleh dilakukan? Adakah ahli parlimen Barisan Nasional akan mengundi untuk menjatuhkan Najib? Rasanya tidak. Ini kerana jika Najib mendapat undi tidak percaya, siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri? Setiap parti pastinya akan menyenaraikan calon masing-masing dan jika tidak mendapat persetujuan maka pilihanraya umum akan diadakan sesuatu yang Barisan Nasional ingin elakkan sekarang ini. Oleh itu, mahu atau tidak ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional akan berdiri teguh di belakang Najib.

5) Salah satu strategi yang dilihat pandai dan matang oleh Najib ini ialah sikap berdiam diri dari serangan Tun Mahathir. Walaupun dilihat bacul dan penakut tetapi strategi inilah yang dilihat berjaya. Najib percaya tiada gunanya menjawab setiap tohmahan Tun Mahathir lebih-lebih lagi Tun Mahathir seorang negarawan yang dihormati yang memerintah Malaysia selama 22 tahun.

DSP: Tak apalah Najib kalau tak nak letak jawatan pun. Aku dan rakyat akan menggunakan kuasa yang ada pada kami untuk menjatuhkan kau bukan dengan menggunakan jalanraya tetapi melalui undi-undi kami. Aku percaya rakyat lebih tahu menilai mana yang lebih baik untuk mereka. Mana tahu disebabkan Najib, ini adalah pilihanraya yang terakhir Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...