Sebenarnya perempuan yang bermisai bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini kerana pertumbuhan bulu yang lebat banyak dipengaruhi oleh hormon tidak kira kepada lelaki mahupun wanita. Ada yang mengatakan pertumbuhan bulu roma yang banyak pada lelaki dan wanita sering dikaitkan dengan keinginan seksual yang tinggi. Namun anggapan ini tidak betul.Ini kerana pertumbuhan bulu roma dipengaruhi hormon androgen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang tidak berkaitan dengan dorongan seksual manusia
Hormon testosteron dalam jumlah yang sangat tinggi mempengaruhi terjadinya bulu yang lebat pada lengan ataupun kaki wanita. Jika diperhatikan, wanita dengan bulu yang lebat memiliki payudara yang sedikit kecil, berbadan besar dan suara yang agak dalam.
Ini kerana ciri daripada hormon testosteron ini ada pada lelaki dan akan mempengaruhi ciri pada wanita. Oleh yang demikian jangan lagi kita memberi tanggapan kepada perempuan yang berbulu lebat itu kuat seks kerana ianya langsung tidak tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan