
1. Perubahan dalam fungsi kencing
Tanda pertama yang selalunya diberi ialah perubahan jumlah atau kekerapan membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, perubahan warna air kencing kepada warna lebih gelap dan juga keinginan untuk membuang air kecil tetapi tidak dapat berbuat demikian apabila sampai ke tandas.
2. Kesukaran atau kesakitan
Jangkitan saluran kencing boleh menyebabkan gejala sakit atau terbakar semasa membuang air kecil. apabila jangkitan mula merebak ke buah pinggang ia boleh menyebabkan demam dan sakit belakang.
3. Darah dalam air kencing
Tanda ini boleh menimbulkan kebimbangan jika disedari. Walaupun berbagai faktor boleh menyebabkan kencing berdarah namun dinasihatkan perlu segera mendapatkan rawatan doktor.
4. Bengkak
Fungsi buah pinggang ialah mengeluarkan bahan buangan dan cecair tambahan daripada badan. Apabila buah pinggang rosak, cecair tambahan ini akan menyebabkan bengkak pada tangan, kaki, buku lali dan muka.
5. Kepenatan
Buah pinggang menghasilkan hormon erythropoietin yang membantu membuat sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Bila buah pinggang rosak, penghasilan hormon erythropoietin yang rendah menyebabkan sel darah merah berkurangan dan ini akan menyebabkan anemia. Bila penurunan penghantaran oksigen ke sel-sel inilah yang menyebabkan kepenatan dan keletihan berlaku.
6. Pening dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian
Kekurangan sel-sel darah merah yang membawa oksigen yang disebabkan penyakit buah pinggang juga menyebabkan rasa pening dan menjejaskan tumpuan.
7. Rasa sejuk sepanjang masa
Anemia yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang juga akan menyebabkan rasa sejuk walaupun suhu di sekitarnya panas. Pyelonephritis ( jangkitan buah pinggang ) boleh menyebabkan demam dengan menggigil.
8. Ruam kulit dan gatal
Kegagalan buah pinggang juga akan menyebabkan gatal-gatal dan ruam kulit yang teruk.
9. Nafas busuk
Kegagalan buah pinggang akan menyebabkan urea bertambah dalam darah (uraemia ). Urea ini dipecahkan kepada ammonia dalam air liur yang menyebabkan nafas berbau busuk. Ia juga biasanya dikaitkan dengan rasa logam yang tidak menyenangkan (dysgeusia) di dalam mulut.
10. Loya dan muntah
Rasa loya dan muntah juga boleh disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Ini kerana pengumpulan bahan buangan di dalam darah akan menyebabkan rasa loya dan muntah.
11. Sesak nafas
Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik menyebabkan cecair terkumpul di paru-paru. Selain itu, kekurangan oksigen yang berlaku disebabkan kurangnya sel darah merah menambahkan lagi masalah pernafasan.
12. Sakit di bahagian belakang dan sisi
Beberapa kes penyakit buah pinggang boleh menyebabkan kesakitan. Rasa sakit seperti kekejangan yang merebak dari bahagian belakang hingga ke pangkal paha adalah disebabkan batu karang dalam saluran kencing. Sakit juga mungkin berkaitan dengan penyakit buah pinggang polisistik iaitu gangguan buah pinggang yang diwarisi yang menyebabkan banyak berisi cecair sista dalam buah pinggang. Cystitis celahan, keradangan kronik dinding pundi kencing, menyebabkan kesakitan kronik dan ketidakselesaan.
DSP: Adalah penting untuk mengenal pasti penyakit buah pinggang daripada awal lagi kerana dalam kebanyakan kes pesakit hanya menyedari penyakit ini pada tahap yang telahpun kronik dan tidak mampu diselamatkan lagi. Untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang yang kronik ini, berjumpalah doktor apabila terdapat 1 atau lebih gejala-gejala seperti di atas. Jika ianya dapat dikesan dengan lebih awal, penyakit buah pinggang ini masih boleh dirawat dengan berkesan.
Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.
BalasPadamJika dah cuba nanti, boleh kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah