Sebenarnya aku pun tak menyangka seorang yang secantik dia bila membawa kereta se'brutal' itu apabila tidak tersengaja mengikut kereta beliau ketika perjalanan balik dari tempat kerja. Dia punya 'cilok' tu yang buat aku terkejut.Aku percaya bukan hanya perempuan ini sahaja yang memandu sebegitu, ianya berlaku kepada kebanyakan daripada kita, ianya berlaku terhadap isteri, suami, abang, kakak dan siapa sahaja tanpa kita sedar bila pegang sahaja stereng kereta, kita dah jadi seperti orang lain...macam setiap daripada kita mempunyai karektor yang kedua.
Kenapa kita jadi macam tu? Aku pun tak ada jawapan kenapa perangai setiap daripada kita berubah bila bawa kereta....
Mungkin perlu ada kajian berkenaan perkara ini dan jika ada kenapa ianya tidak diwar-warkan dan mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan