
Bagi sesetengah orang, apabila usia semakin meningkat, berbagai masalah kesihatan mulalah datang melanda. Darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Ada juga yang mengalami masalah mengawal pundi kencing.
Masalah mengawal pundi kencing ini jika dibiarkan akan menjadi semakin serius. Ia boleh menyebabkan air kencing menitik setitis demi setitis tanpa sedari dan ini tentunya akan mengganggu terutamanya jika hendak menunaikan solat.
Bagi mengatasi masalah ini, jadikan amalan memakan biji bunga matahari atau kuaci sama ada yang belum dibuang kulit atau yang sudah dibuang kulitnya.
Kenapa kuaci mampu mengatasi masalah mengawal otot kencing?
Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.
Amalan memakan kuaci atau biji bunga matahari selain dapat menguatkan otot pundi kencing ianya juga dapat melawaskan pembuangan air kencing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan