Khamis, 3 April 2014

MB Terengganu: Kalau takut letak jawatan

Aku respek habis lah dengan Menteri Besar (MB) Terengganu ni, Datuk Seri Ahmad Said (abang Mat) kerana dia hentam saper saja yang dia rasa tak betul. Cayalah Lu, Abang Mat.

dari sudut pandang, ahmad said, letak jawatan FAM, Terowong Larkin, Johor DTSebelum jadi MB lagi perangai abang Mat ni memang seorang yang 'debe' (cakap orang Terengganu (gedebe;gong;) yang bermaksud samseng, gah, sombong atau angkuh). Kalau sesiapa yang pernah ingat yang dia ni semasa jadi exco pun pernah ajak Adun daripada pembangkang bertumbuk di dalam Dewan Undangan ketika tak bersetuju dengan perbahasan.

Sekarang ni bila dah jadi MB makin bertambahlah perangai 'debe'nya itu. Kali ini dia hentam FAM pula pasal kes 'Terowong Larkin'...tapi yang aku respek abang Mat ni ialah apa yang dia kata tu ada kebenarannya maknanya dia 'debe' pada perkara yang betul.

Korang bacalah kenapa aku kata abang Mat ni betul bila dia bercakap pasal FAM:

 "Letak jawatan atau tarik diri jika tak berani buat keputusan. Jangan nak lari kerana kita ada tanggungjawab," Kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Reaksi itu ditujukan kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkan membuat keputusan 'pilih bulu' kerana hanya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap Johor Darul Ta'zim (Johor DT) kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan di stadium sehingga mencetuskan insiden 'Terowong Larkin'.

Ahmad berkata, anggota jawatankuasa terbabit perlu menarik diri atau melantik anggota lain kerana tidak mampu memikul tanggungjawab dan membuat keputusan secara adil.

"Saya pelik sebab atas sebab keselamatan, FAM jatuhkan hukuman kepada Johor DT kerana gagal sediakan kawalan keselamatan sedangkan 'siapa' yang menyebabkan benda itu tak selamat, mesti dikenal pasti dan dijatuhkan hukuman.

"Jika kita sebagai hakim atau jawatankuasa disiplin buat keputusan secara terpilih atau tak berani buat keputusan, letak jawatan kerana tak mampu berlaku adil.

Menurutnya, beliau juga tidak berpuas hati dengan cara jawatankuasa itu mengendalikan kes berkenaan yang langsung tidak memanggil wakil T-Team untuk memberi keterangan berhubung insiden 'Terowong Larkin'

"Saya tunggu juga berita daripada FAM sebab dulu kata nak panggil semua pihak untuk diambil keterangan, tapi sehingga 3 hari lalu tidak ada apa-apa pun dan sampai akhir T-Team tak dipanggil.

"Sebelum ini bukan main sedap bercakap nak ambil tindakan tegas, tapi cakap saja. Orang macam inilah yang buat mutu bola sepak Malaysia tak naik-naik, tak berani bertanggungjawab kerana sepatutnya yang salah tetap salah.

"Tapi tak tahulah pula saya kalau yang pukul itu tangan ghaib menyebabkan FAM tak dapat kesan, macam dalam filem," katanya.

Untuk makluman FAM semalam menangguhkan hukuman insiden 'Terowong Larkin' kerana menunggu keputusan daripada polis yang menyiasat kes ini.

DSP: Bagus betul abang Mat kita ni, aku bangga lah punya MB yang berani dan bertanggungjawab macam ni. Cuma aku harapkan jangan suka tunding jari dan cari salah orang saja, hal-hal dibawah abang Mat pun kena tengok juga kalau-kalau ada yang tiris tu cepat-cepatlah tampalkan demi kesejahteraan rakyat di bawah kepimpinan abang Mat.

Kalau macam ni tegasnya abang Mat, aku rasa pegawai-pegawai abang Mat mesti kerja bersungguh-sungguh untuk memakmurkan rakyat dan negeri. Mesti pegawai-pegawai ni tak berani main-main sebab nanti dijerkahnya (bermaksud marah) abang Mat.

Misalnya kalau ada jalan yang berlubang pasti cepat-cepat ditampalnya sebab nanti kalau abang Mat lalu dan didapati jalan berlubang, nanti disuruh pula pegawai berkenaan letak jawatan sebab tak jalankan tugas dengan betul.....

Dalam kes FAM ni, aku pun pelik juga dengan diaorang ni...sebabnya mendenda Johor DT RM30,000 atas alasan gagal menyediakan keselamatan di stadium, sebab dulu masa hukum T-Team dengan kekalahan 3-0, kata keselamatan terjamin dan tiada sebab perlawanan ditangguhkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...