
Baca kisah selanjutnya...
Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.
Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.
Polis berjaya memasang cctv di kediaman profesor itu bagi mengesahkan laporan yang dibuat oleh pelajarnya berkenaan dengan ugutan ke atas pelajar perempuan.
Menurut polis, profesor berkenaan menafikan dakwaan tersebut tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya.
Darisudutpandang: Nampak sangat yang orang sekarang ni sanggup lakukan apa saja untuk mencapai apa yang diingini tidak kira halal atau haram. Dalam kes ini, pelajar-pelajar ini sanggup untuk menyerahkan kehormatan diri semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan