Khamis, 2 Januari 2014

Liga Super Malaysia 2014: Terengganu janji hadiahkan piala

Pasukan yang diperkuatkan oleh kebanyakan anak negeri, Terengganu FA berjanji untuk menghadiahkan satu piala buat penyokong mereka.

Terengganu, Bola sepak, dari sudut pandang, liga super malaysiaHasrat ini diperkuatkan lagi apabila kebanyakan pemain-pemain bintang kelahiran Terengganu pulang untuk menabur bakti di tanah kelahiran.

Menurut pengurus pasukan Marzuki Sulong, pasukan ini yang diberi gelaran 'Sang Penyu' berada dalam landasan yang tepat untuk membawa pulang 1 piala daripada 3 piala yang dipertandingkan dalam Liga Super Malaysia 2014 ini yang akan bermula pada 18 Januari 2014.

Katanya lagi, dalam sukan bola sepak apa-apa pun boleh berlaku dan dengan barisan yang boleh dianggap terkuat dan terbaik dimiliki pasukan musim ini tidak mustahil Terengganu mampu merangkul lebih daripada 1 piala musim ini.

Kehadiran muka baru yang lebih berpengalaman termasuk Zairo Anuar Zailani, Mohd Faiz Subri, Mohd Sharbinee Alawee Ramli, Nor Hakim Hassan, Azlan Zainal dan Mohd Nor Farhan 'Ben 10' Mohammad bakal memperkuatkan lagi skuad Terengganu di samping pemain bintang yang sedia ada termasuk Ashaari Samsuddin, Manaf Mamat, Ismail Faruqi dan lain-lain.

Selain pemain tempatan, 4 tenaga import yang diambil iaitu Vincent Bikana dari Cameroon, Marcio Souza (Brazil), Mario Karlovic (Australia) dan Mamadou Hady Bary (Papua New Guinea) bakal memantapkan lagi pasukan yang dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman Abdul Rahman Ibrahim dalam misi memburu kejuaraan musim ini.

Menurut Marzuki lagi, pasukan ini walaupun dilihat kuat dengan nama-nama besar namun mereka tidak sesekali untuk mendabik dada kerana sedar aksi dan konsisten pada hari perlawanan adalah penting untuk mencapai matlamat tersebut.

Darisudutpandang: Dah lama Terengganu tak menang piala..harap-harapnya berkat sokongan semua kita menang tahun ini....Insya Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...