Ahad, 15 Disember 2013

Keajaiban Ustaz Kazim Elias

Siapa dia Ustaz Kazim Elias yang menjadi bahan bualan di Malaysia ketika ini?

Kalau nak tahu baca selanjutnya yea:

dari, sudut, pandang, ustaz kazim elias, pengasas al barakah, pendakwah, tolak MT, ahli PASUstaz Kazim Elias atau nama penuhnya adalah Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias adalah seorang pendakwah bebas. Beliau adalah pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Beliau juga adalah penceramah dalam rancangan 'Kalau Dah Jodoh' di Astro Oasis saluran 106.

Apakah Keajaiban Ustaz Kazim Elias ini?

Keajaiban Ustaz Kazim Elias ini adalah apabila beliau telah ditawarkan menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO walaupun beliau bukanlah ahli UMNO. Mana mungkin seseorang yang bukan ahli parti menjadi MT kepada parti tersebut, tapi itulah keajaiban Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim sekali lagi mencipta keajaiban apabila menolak pelantikan menjadi MT daripada Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia. Penolakan Ustaz Kazim buka saja pelik tetapi mencatat sejarah politik Malaysia. Beliau orang pertama tolak jadi ahli MT ketika setiap ahli UMNO berebut-rebut untuk menjadi MT sehingga sanggup menghabiskan bukan saja ribuan ringgit tetapi sehingga mencecah jutaan ringgit semata-mata untuk melobi menjadi MT.

Sekalipun hasrat Presiden UMNO tidak kesampaian, namun Ustaz Kazim tetap istimewa kerana dia adalah ahli PAS pertama yang ditawar untuk menjadi MT UMNO. Belum pernah terjadi dalam sejarah UMNO, seorang ahli parti lawan dibawa masuk ke dalam parti tapi Ustaz Kazim memecah rekod kebal itu.

Kenapa Ustaz Kazim Elias ini begitu istimewa di mata Datuk Seri Najib Razak?

Ustaz Kazim Elias dilihat oleh Datuk Seri Najib sebagai tokoh Islam yang berpengaruh, cerdik, bijaksana, berfikiran terbuka dan diterima oleh ramai orang. Ustaz Kazim Elias dikatakan mempunyai sejuta pengikut di Facebook dan dia dikatakan ustaz yang kedua paling berpengaruh selepas Ustaz Azhar Idrus (UAI). Dikatakan pengaruh Ustaz Kazim ini semakin meningkat manakala pengaruh UAI agak menurun selepas ramai pengikut UAI daripada golongan wanita meninggalkannya selepas beliau berkahwin lagi satu.

Ketika nama Ustaz Kazim diumumkan sebagai ahli MT, ramai rakan-rakannya dan penyokongnya daripada PAS menghina dan mencerca beliau bahkan keluarga beliau juga terpalit sama. Perbagai cercaan, hinaan dan gelaran diberikan kepada beliau menyebabkan beliau dalam dilema dan jalan yang terbaik yang perlu diambil adalah menolak pelawaan tersebut.

Walau apa pun tindakan beliau, Ustaz Mohammad Kazim bin Elias telah mencipta keajaiban yang tersendiri dalam sejarah UMNO khususnya dan sejarah Malaysia amnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...